Pages

Saturday, November 15, 2014

Permulaan Kecemerlangan

Mula-mula nak masukkan Zarin ke pra sekolah, aku fikir sekolah swasta adalah yg terbaik abad ini. Terpengaruh dgn rakan sekerja yg masukkan anak-anak mereka ke tadika aliran English dan Islamik, aku daftarkan Zarin ke prasekolah yg berteraskan bahasa Inggeris dan menekankan pengajaran Islam. Memang depositnya beratus-ratus ringgit.

Setiap kali ibu bapa lambat mengambil anak mereka pihak pengurusan sekolah akan mengenakan bayaran tambahan. Setiap kali sekolah membuat aktiviti luar, ibu bapa diminta membayar yuran luar jangka. Buku teks sekolah mencecah RM1,000.00. Katanya buku adaptasi dari Singapura dan Jepun. Aku akur. Pendek kata semua perkara yg tiada dalam silibus akan dikenakan bayaran. Menjelang waktunya, aku menarik balik keputusan untuk menghantar Zarin ke tadika swasta. Walaupun deposit telah pun dibayar.

Dengan nasihat Puan Maizatul Akmam, Kaunselor di Jab. Kemajuan Masyarakat aku mendaftarkan Zarin semula di Tadika KEMAS yang berdekatan dgn rumah. Dia menjadi pelajar terakhir yg mendaftar yg hampir- hampir ditolak kehadirannya kerana kouta murid sudah mencukupi. Dengan budi bicara guru kelas, akhirnya Zarin diterima juga.

Hari ini Zarin dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan tadika KEMAS Bahagian Pulai dan pelajar cemerlang antara KEMAS kawasan Kempas. Syukur, ini permulaan yang baik untuknya.

Ramai rakan yg mencebik apabila mendapat tahu aku menghantar anak belajar MENULIS, MEMBACA DAN MENGIRA di sekolah kendalian kerajaan. Aku tak ambil pusing. Yuran bulanan sekadar 25.00 berbanding 150.00 di sekolah swasta. Makan disediakan dua kali di KEMAS berbanding sekolah swasta. Menu yg sihat atas nasihat Kementerian Kesihatan. Buku yang bermanfaat dan tidak membebankan ibu bapa dan murid.

Kini Zarin sudah bersedia untuk melangkah ke darjah 1. Sudah fasih membaca bahasa Melayu dan Inggeris. Sudah pintar mengira tambah dan tolak. Sudah bijak mengenal alif ba ta. Sudah tahu asas fardu ain. Sudah boleh mena'kul keadaan. Alhamdulillah, aku tak salah memilih sekolah terbaik utk anakanda tersayang. Syukur, kerajaan sangat prihatin dgn kepentingan pendidikan anak-anak.

Friday, October 24, 2014

Hijrah 1436

Sempena maal hijrah pada tahun ini Allah telah kurniakan ilham kepada aku untuk membuka sebuah lagi syarikat baharu. Dalam kesibukan berlibur dan bekerja masih ada ruang untuk aku mencanai idea dan ilham jangka masa panjang. Dengan kesungguhan dan dorongan insan-insan terdekat, setapak lagi aku melangkah.

Aku...sudah sekian lama jinak dgn buku, pen dan kertas. Itulah duniaku semenjak menjadikan organisasi ini periuk nasi aku. 'Gapura Ilmu' bakal menjanjikan sistem penjualan buku secara 'on the road'. Ini tekadku! Aku yakin bisnes jual buku ini akan terus sukses. Insya Allah. Aminnnn.

Salam maal hijrah 1436.

Wednesday, October 22, 2014

Sedekah to Seal

Baru-baru ini terdengar ceramah Ustaz Zaharudin Abd. Rahman tentang sedekah.

Amalan sedekah ini sebenarnya disebut berulang kali dalam al-Quran lebih banyak drpd zakat. Sedekah boleh menghapuskan tujuh kepayahan dan kejahatan. Kuantiti sedekah tidak penting, yang penting amalan yg berterusan atau istiqamah. Dan yang paling penting sedekah to seal! Tak perlu uar-uarkan kpd org lain krn akan hilang 'power' sedekah jika timbul riak dan takbur. Waallahualam...

Saturday, October 11, 2014

Surat untuk Cu

Cu...hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun...apa yang ayah alami kini berulang kembali kepada kau, Cu.

Cu...berat mata aku yang memandang, berat lagi bahu kau yang memikul bebannya. Aku faham. Lewat pertemuan kita hari ni, aku melihat sendiri kesengsaraan yang kau hadapi. Mujur anak-anak sudah dewasa dan amat bertanggungjawab.

Cu...banyakkanlah bersabar. Redalah dgn ketentuan Ilahi. Semoga kesabaran yg kau miliki dibalas dengan kebahagiaan yang tiada pada insan lain. Tenang-tenangkanlah hati, Cu. Aku sentiasa mendoakan kau kuat dan tabah dgn dugaan ini. Ada kesempatan, kita jumpa lagi.

Friday, October 10, 2014

Belanjawan

Baru-baru ini rakyat berpendapatan rendah merungut tentang kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak bermakna naiklah harga barang terutamanya barang keperluan asas. Rakyat berpendapatan tinggi, golongan korporat dan aristokrat pasti tidak terusik dgn isu ini kerana satu persen pun tidak menjentik bajet bulanan mereka. Paling terasa ialah golongan berpendapatan sederhana dan rendah iaitu pendapatan isi rumah kurang 10,000.00.

Setiap kali pembentangan belanjawan akan ada 'daya tarikan' untuk rakyat golongan ini yang sengaja diberi tumpuan. Akan ada kaedah 'ambil hati' untuk rakyat yg tak puas hati dgn kenaikan itu ini. Antara kaedah yg kerajaan salurkan untuk 'memujuk' hati rakyat ialah dengan pemberian BR1M dan bonus utk penjawat awam.

Sejujurnya dan secara peribadi, aku tak berkenan dgn kaedah ini. Sudah sekian lama aku perhatikan, kedua-dua kaedah ini merupakan 'tongkat' sementara saja. Kerajaan tak perlu memberi kemudahan tongkat seperti ini jika betul-betul berniat nak membantu. Lebih afdal dan munasabah kenaikan gaji dan elaun yang berterusan diberi terutamanya kpd golongan marhein, supaya rakyat tidak ternanti-nanti bantuan yg datangnya setahun sekali.

Kadar kenaikan pula perlulah selaras dgn keadaan ekonomi semasa negara. Ekonomi yang mantap jaminan politik yang stabil.

Thursday, October 9, 2014

Kerenah Bank

Sedarkah anda setiap kali membuat pinjaman kenderaan atau rumah dgn pihak bank, sebenarnya kita bukan setakat membuat pinjaman tetapi membantu bank mencari keuntungan. Untung yang berlipat kali ganda daripada pinjaman asas yg kita buat.

#syukurlahmalaysiamasihaman

Friday, October 3, 2014

Jumaat yang Mulia

Tuhan telah mengutuskan berita gembira setiap kali menjelang Jumaat. Sudah byk kali berlaku perkhabaran gembira kuterima pada hari Jumaat. Sehinggakan setiap minggu aku ternanti-nanti akan Jumaat. Benarlah bahawa Jumaat itu penghulu segala hari yang membawa keberkatan dalam hidup.