Pages

Sunday, August 3, 2014

Hati di Palestin

Siapa kata aku tidak menyokong usaha pembebasan Palestin daripada kekejaman Yahudi Israel? Aku memang tidak akan sama sekali menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka. Masih lagi membeli dan menggunakan produk Nestle, Ducth Lady, Acer, HP, FB, Whatapps dan lain-lain produk yg berkaitan dengannya. Bukan aku tak ada pilihan tetapi pilihan terlalu terhad. Jika semua produk diboikot aku akan beli beras cap Burung Serindit je lah! Aku cuba ganti Nescafe dengan Alicafe! Sesungguhnya tidak serasi sama sekali. Aku cuba ganti Baby Johnson dgn bedak Tiga Ros. Tidak serasi juga!

Untuk kali pertama dlm hidup, aku menangis tika surah Yassin aku sedekahkan untuk seluruh rakyat Palestin. Semakin aku tahan semakin deras alirannya. Tuhan saja yg tahu  hati dan perasaan aku terhadap Palestin (warga dan buminya) yang berdarah! Itulah jihad aku untuk mereka. Moga Allah perkenankan dan alirkan doaku utk mereka.

Monday, July 21, 2014

Raya 2014

Aidilfitri semakin mendekat. Ramadan sudah mula beransur meninggalkan umat. Malam Lailatulqadar masih terus dinanti. Berjaga malam setiap hari bukan jaminan bertemu dengan malam yang istimewa itu. Hanya Allah yang tahu segala rahsianya.

Semakin dekat dengan Syawal semakin hati tambah galau. Pertama, perasaan sayu mengenang insan-insan yang telah pergi membuatkan hati jadi gelisah dan sayu. Ayah, tahun sudah dia tiada bersama kami. Maka kesedihan tahun lalu berterusan ke tahun ini. Nenek dan atuk, sepupu tersayang Norhaida, bapa saudara Sanusi Aziz, mereka juga dalam doa dan ingatan. Pergi dan tak kembali. Giliran aku juga akan menyusul. Pasti!

Kedua, kenangan dosa. Tiada manusia yang bersih daripada dosa. Saban hari memohon keampunan daripada Allah pun belum tentu terhapus segala dosa dan noda sepanjang 38 tahun menjadi hamba-Nya. Tiada manusia yang sempurna namun aku berikhtihar menuju kesempurnaan. Dosa dengan Maha Pencipta, dosa dengan suami, dosa dengan anak-anak, dosa dengan mak dan adik-beradik, dosa dengan sahabat taulan... terhimpun dosa menyedarkan aku betapa singkatnya hidup ini. Semoga ratapan aku setiap malam bertemankan air mata bisa menghapuskan segala dosa. Aminnnn...

Ketiga, bekal amalan. Sebagai isteri, Allah menjanjikan kakinya ke mana-mana saja pintu syurga yang diingini JIKA taat perintah Allah, akur perintah suami. Jaga solat dan puasa, tidak nusyuz dengan suami maka masuklah mana-mana pintu syurga yang diingini. Oh, Tuhan...layakkah aku? Setiap kali melangkah ke luar rumah pasti aku mohon izin terlebih dahulu daripada suami. Pun begitu aku masih bimbang dengan noda-noda yang terpalit di luar rumah. Banyak sangat iblis yang menggoda. Aurat, pergaulan, tertib santun, bicara mulus, semuanya dalam lindungan Allah - mudah-mudahan. Itulah yang paling aku jaga. Semua itu maruah (diri dan keluarga, suami dan anak-anak). Pun begitu masih aku akui pahala yang aku pikul masih ringan sifatnya. Setiap amalan yang Allah beri ganjarannya tak terlihat nyata di depan mata, kerana itu aku masih mengharap syurga setiap masa. Mudah-mudahan jalan itu Allah mudahkan sehingga penghujung nyawa.

Akhir kalam, salam Syawal 1435 daripada saya buat semua pembaca blog ini. Susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf zahir dan batin. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadan 1436.

Monday, June 30, 2014

Biar Kasih Kekasih

Biar kasih kekasih
Biar rindu kekasih
Satu yang tercipta
Satu yang kucinta

Saturday, June 28, 2014

Genggam Satu Derhaka

Derhaka melibas cinta sedia ada
Jauh daripada kasturi syurga
Bukan kehendak hati dan jiwa
Angkara syaitan durjana.

Biar sejuta kejora di dada langit
Kau jua bintang yang berkerlip
Ampuni jiwa yang melirik
Derhaka cinta sekelip.

Wednesday, May 21, 2014

Pasrah dalam Redha

Sesayang mana pun kita terhadap dunia pekerjaan kita sedikit sebyk mesti ada rasa tak puas hati. Sama ada dgn persekitaran kita atau individu di sekeliling kita.

Inilah cabaran jika mendapat ketua yg tak reti nak jaga hati dan perasaan org bawahan. Plg aku benci apabila wujud favoritrsme. Akan wujud satu tema yg dipanggil 'bias'. Lebih teruk lg apabila wujud ketidakadilan dlm pelaksanaan tugas rasmi.

Aku seorg yg fleksibel. Dan aku hrp org lain pun boleh bertolak ansur dlm melaksanakan tugas apabila bekerjasama sama dgn aku. Tp malangnya ada individu yg tak faham bahasa. Penat!!!

Saturday, May 17, 2014

Bertamu di Pusaramu

Ayahanda...saat kubertamu di pusaramu
Kalimah Tuhan menemani diri
Damailah kau bersama kekasih abadi
Tulus cinta daripada kami.

Ayahanda...wangi mawar kusirami
Mengharap kau ke syurga Ilahi
Bergenang tasik rindu
Kuubati dgn doa nan syahdu.

Monday, May 12, 2014

Bayang

Kau umpama bayang...hilang dalam gelap.
Mengharap cahaya datang...muncul tak diharap.