Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. Bacalah dengan nama Tuhanmu (al-Baqarah 1:5).23 April merupakan Hari Buku Sedunia yang telah diiktiraf Unesco. Namun, ramai yang tidak ambil kisah, malahan ada juga yang tidak mengetahui tentang hari buku ini. Hari buku disambut selepas Hari Bumi Sedunia (22 April) setiap tahun. Pun begitu, pastinya ramai yang tidak ambil pusing dengan Hari Bumi. Saya pasti, sama ada hari buku atau hari bumi, kedua-duanya diraikan oleh mereka yang dekat dengan kedua-duanya. Hari Bumi akan disambut oleh para pencinta alam. Manakala hari buku, akan disambut oleh ulat buku (ada juga ulat buku yang tak tahu akan hal ini).
Buku, masih penting dalam era kemajuan teknologi canggih masa kini. Pendapat sarjana Kanada, Marshall McLuhan bahawa buku akan pupus satu hari nanti, kerana kemunculan medium lain yang menggantikan buku, sama sekali tidak masuk akal. Bagaimana sarjana yang cerdik boleh meramalkan ramalan yang tidak masuk akal itu? McLuhan, telah lama mati, namun buku masih terus 'hidup'! Konsep buku yang digariskan oleh Unesco ialah - lembaran kertas yang bercetak, dijilid, mempunyai kulit (yang berbeza dengan kertas teks), sekurang-kurangnya 49 halaman, dicetak sekurang-kurangnya 50 naskhah dan mesti dibuka untuk jualan (adakah halaman bercetak dan berjilid yang dicetak kurang daripada 50 naskhah dan tidak dikomersialkan tidak dianggap sebuah buku?). Kriteria tersebut bukanlah garis panduan untuk menerbitkan sesebuah buku kerana di Indonesia, lapan halaman bercetak telah dianggap sebuah buku. Di Sri Lanka pula, halaman yang bercetak yang dijilid dan mempunyai kulit sudah dianggap buku, tanpa mengira jumlah halamannya. Sebenarnya konsep buku yang dinyatakan oleh Unesco sekadar mahu membezakan kertas-kertas bercetak yang lain seperti brosur, pamplet, katalog dan yang seangkatan dengannya dengan sebuah buku.
Buku merupakan medium yang penting dalam proses pendidikan dan itulah juga asas pembangunan sesebuah negara dan sesuatu kelompok masyarakat. Setiap individu yang ingin menyatakan perasaan, pemikiran dan ideanya akan menulis sebuah buku. Buku umpama harta (interlek) yang boleh diwarisi dari satu legasi ke satu legasi yang lain. Di Malaysia, individu atau organisasi yang ingin menerbitkan sesebuah buku tidak perlu memohon lesen untuk menerbitkan buku. Terbitlah apa-apa pun, asal sahaja kandungannya boleh dipertahankan.
Bagi saya, buku bukan seperti media elektronik televisyen atau radio. Maklumat daripada buku boleh direkod dan didokumentasikan. Maklumat daripada televisyen, radio biasanya diperoleh secara asas sahaja dan tidak boleh didokumentasikan kecuali dirakam. Itupun masih tidak dapat menandingi buku yang boleh dikelek ke mana-mana sahaja. Sejak kecil, saya 'dirasuk' buku lebih-lebih lagi apabila tiba musim peperiksaan. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, saya paling seronok apabila emak dan ayah menghadiahi saya sebuah buku (kerana kejayaan dalam peperiksaan mahupun kerana hari-hari istimewa). Dan siapa sangka saya akan bekerja dalam suasana perbukuan? Saya juga tidak menyangka saya dikelilingi buku pada setiap hari di tempat saya bekerja. Saya juga pernah ditimpa buku semasa bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semasa Pesta Buku Antarabangsa (2003). Mujurlah tidak dikejarkan ke hospital! Sehingga kini, saya masih 'dirasuk' buku, dan penyakit ini rupa-rupanya telah berjangkit kepada anak sulung saya yang pasti akan membaca buku sebelum melelapkan matanya. Banyak lagi yang boleh diperkata tentang buku. Namun, ruang ini bukanlah medium yang sesuai untuk membicarakan tentang buku. Selamat Hari Buku Sedunia!
*Tahniah kepada teman-teman DBP yang bertugas di Pesta Buku KL tahun ini, atas anugerah Gerai Terbaik 2009! Tahniah kepada Puan Nor Aida Salleh yang mengerah seluruh keringat untuk usaha ini!!! You go girl!!!
*Tahniah kepada teman-teman DBP yang bertugas di Pesta Buku KL tahun ini, atas anugerah Gerai Terbaik 2009! Tahniah kepada Puan Nor Aida Salleh yang mengerah seluruh keringat untuk usaha ini!!! You go girl!!!
Last month my sister in law came back from Japan. She brought a one very popular novel in Japan. The title is 'Botchan' by the author Natsume Soseki. She said, the book is for me! Wow! This is what i'm waiting! I immediately read this book. But, actually its to hard to finished! My baby always interrupt my reading! But i'm so happy to finished 'Botchan' on 10 days! So long! What is proud of this book is - published on 1906 (one year before the author pass away). But, the English version just published on 2005. And i'm the lucky one!