Masyarakat Melayu menggelarnya sebagai pokok/daun sambung nyawa. Saya tidak pasti apa nama saintifiknya. Apa pun namanya, daun ini sangat mujarab sebagai penawar penyakit darah tinggi.Pokok ini susah diperoleh di pasar-pasar (sama ada pasar basah atau pasar kering). Namun pokok sambung nyawa ini ada ditanam di rumah saya (sememangnya banyak pokok herba di sekitar rumah). Daun sambung nyawa ini tidak pahit dan tidak meloyakan. Sedap dimakan dan dibuat ulam dengan nasi panas.
Saya mengenalinya melalui seorang profesor dari KUITHO (kini universiti) iaitu Prof. Dr. Md. Dan yang sering membawanya ke mana-mana sahaja, setiap kali menjamu selera termasuk jika beliau makan di hotel-hotel lima bintang. Daun sambung nyawa ini beliau jadikan 'ratahan' sekalipun tidak dimakan dengan nasi. Menurut beliau, penyakit hipertensinya semakin berkurangan sejak mengamalkannya. Beliau enggan memakan ubat darah tinggi yang diberikan oleh pihak hospital, kerana menurut beliau, ubat darah tinggi tersebut boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi lain seperti lemah tenaga batin. Jadi, awas para pengidap penyakit darah tinggi yang mengamalkan ubat-ubat moden yang mengandungi bahan kimia.
Beliau telah menyerahkan dua helai daun sambung nyawa kepada saya. Satu saya makan (saja nak rasa) dan satu lagi saya tanam. Daun tersebut sangat mudah ditanam dan mudah tumbuh subur dan susah pula hendak mati sekalipun tidak disiram atau dibajai. Tumbuhnya melata!
Sesiapa yang ingin mencubanya, boleh dapatkannya daripada saya!