Pages

Showing posts with label Drama Bersiri (13). Show all posts
Showing posts with label Drama Bersiri (13). Show all posts

Monday, August 17, 2009

Misteri Papan Tanda

Seperti biasa selepas selesai solat asar, Maria dan suaminya membawa si kecil bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka. Kediaman yang dibeli setahun yang lalu, berhampiran dengan sebuah tasik buatan.

"Awak faham tak maksud papan tanda ni?" suami Maria bertanya. "Orang Dewan mesti arif hal-hal macam ni," sambungnya lagi. Maria memerhati papan tanda yang dimaksudkan oleh Hadi.

"Apa dia cakap ni? Tak faham...," balas Maria sama-sama merenung papan tanda yang dipaparkan di kawasan tasik buatan tersebut. Hadi sudah ketawa mengelekek apabila membacanya berulang-ulang kali.

"Awak ni...belajar tinggi-tinggi pun tak faham bahasa?" sindir Hadi sambil mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam papan tanda 'misteri' itu. Maria mengherot-herotkan mulutnya apabila disindir.

"Dewan dah tak buat 'pantau tegur bahasa' kah? Nak salahkan siapa ni? Kalau anak-anak kita nampak...lagi haru! Nak jawab apa? Memalukan!" Hadi mengomel. Maria masih merenung sedalam-dalamnya maksud papan tanda tersebut.

"Dia nak cakap...Dilarang Berenang...," Maria mengagak-agak.

"Mana pula...dia nak beritahu, kawasan ni tak boleh memancing...," Hadi pula tidak mahu mengalah.

"Ish, taklah! Dia cakap, kawasan ni bahaya kalau hujan...air naik...," Maria menyangkal lagi.

"Bukanlah! Dia beritahu, hujan lebat, kalau air bertakung, pasanglah apa-apa yang patut...," ujar Hadi buat-buat bodoh. Mereka saling berpandangan. Tersembur gelak masing-masing. Bayi yang didukung Maria juga ketawa geli hati. Mungkin si kecil itu ketawa kerana ibu dan ayahnya ketawa. Mungkin juga si kecil itu ketawa kerana gerun dengan papan tanda yang 'misteri' itu.

Papan tanda itu, sehinggi kini tinggal misteri...

bersambung...