Bicara Herba merupakan segmen terkini dalam blog ini yang bakal memaparkan perihal herba-herba terbaik di muka bumi ini yang boleh dijadikan penawar atau sebagai makanan kesihatan yang tidak langsung mengandungi bahan kimia. Ini mungkin merupakan alternatif sampingan yang boleh diamalkan dalam pemakanan harian kita. Untuk episod pertama, suka saya kongsi dengan pembaca sekalian tentang kelazatan halia dan lada hitam sebagai alternatif pil perancang keluarga.Halia yang dicampur dengan lada hitam (ditumbuk) dan dimakan dengan nasi, boleh memanaskan rahim. Jika anda alah dengan halia, boleh gantikan halia dengan pucuk jambu batu (ditumbuk dengan lada hitam). Kepada ibu-ibu yang tidak mahu mengambil pil perancang atau menggunakan kaedah perancang keluarga cara moden, bolehlah mencuba amalan pemakanan ini.
Selain berfungsi memanaskan badan dan rahim, halia juga berperanan mengeluarkan angin dalam badan. Angin dalam badan boleh menimbulkan pelbagai penyakit. Amalan meminum air halia (yang dicampur dengan madu) boleh menguatkan sistem imunisasi badan. Halia yang sedap ialah halia muda. Selamat mencuba!