Detik cemas melahirkan seorang umat Muhamad pada 25 Mei lalu masih terbayang-bayang dlm kanta mata. Aku melalui contraction sejam setengah sebelum melahirkannya. Betapa pun sakitnya aku tetap menolak suntikan epidural yang doktor tawarkan. Biar sakit kerana itu nikmat dan penghapus dosa.
Melahirkannya tanpa setitis darah satu keajaiban. Darah keluar dari liang hidung dan tersembur dari mulut sesuatu yang ganjil. Doktor pula tidak menjangkakan pendarahan tsb berlaku. Selepas uri dikeluarkan sepenuhnya barulah darah keluar mencurah-curah dari rahim. Subhanallah! Allahuakhbar! Inilah jihad! Keajaiban ilmu kelahiran hanya Allah sahaja yg maha mengetahui. Sakit yang aku alami tangisan yang terzahir dari liang mata suami! Dia saksi.
Aku merasakan betapa syukur melahirkan seorang lagi puteri yang aku anggap seorang srikandi pejuangan. Kelahirannya lain drpd yg lain. Moga dia terus sihat dalam mengharungi hari-hari yang penuh barakah.