Pages

Wednesday, March 4, 2015

Cucu Oh, Cucu!

Belum pernah aku dengar pengakuan 'aku nak jaga cucu bila dah tua'. Warga emas sekarang terpaksa jaga cucu sepenuh masa kerana terpaksa. Bukan kerana 'suka gilerrr'. Anak-anak sekarang bagi alasan cucu tu tak nak dijaga orang lain sbb tu hantar di rumah nenek dan atuk! Apa pun alasan, adalah tidak wajar anak buat mak bapak macam orang gaji yang tak bergaji untuk jaga cucu sepenuh masa!

Kalau mintak tolong jaga janganlah sampai menyakitkan hati mak ayah sampai mak ayah merungut...sakit jiwa...sehinggakan perkara yang ikhlas akhirnya jadi tak ikhlas. Akhirnya dapat dosa. Anak berdosa mak ayah pun berdosa!

Apabila menjelang usia emas, berilah masa mak ayah beribadah sebanyak yg boleh. Masa yang tinggal sipi-sipi biarlah mereka raikan demi Tuhan. Berilah masa mereka mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Mereka dah penat menjaga anak-anak ketika muda. Adakala tertinggal solat dan puasa. Bangun malam bukan untuk tahajud tapi buat susu anak. Bila dah tua, mereka terpaksa bersengkang mata jaga cucu pula. Pastinya mereka rasa kecewa. Bak kata seorang warga tua 'sebab anak bijak pandailah aku jadi macam ni! Terpaksa jaga cucu setengah mati'. Aku yang dengar pun merintih sayu. Moga Allah selamatkan warga tua itu. Aminnn...

No comments: