Tahun ini, adik-adik dan adik-adik ipar aku pulang ke kampung mentua masing-masing. Destinasi mereka Kuala Lumpur, Pontian, Melaka, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak. Amboi...semua kahwin dengan orang jauh! Aku juga yang masih selamat dan jimat. Berkahwin dengan orang setempat tidak memaksa aku berbelanja besar untuk mengadakan peruntukan minyak kereta, bajet tol, servis kenderaan dan lain-lain kos yang berkaitan dengan perjalanan jauh. Suami pula bukan suka meredah jalan raya saat perayaan besar begini. Jadi, kami mengunjungi saudara-mara yang terdekat sahaja. Yang menjadi keutamaan kami ialah saudara-mara yang berpangkat bapa dan mak saudara, datuk dan nenek saudara dan sepupu sepapat. Sekurang-kurangnya pertemuan setahun sekali ini mengeratkan persaudaraan kami.
Mengharungi kesesakan lalu lintas boleh mendatangkan stres bukan sahaja kepada pemandu, tetapi juga kepada para penumpang. Aku sendiri tak kuasa nak menempuh sesak di jalan raya terutamanya di laluan keluar setiap tol. Stres pula menyumbang kepada pelbagai penyakit. Itu yang sebenarnya nak aku elakkan. Sekali lagi aku bersyukur sebab berjodoh dengan orang dekat. Dengan anak-anak pun aku dah pesan 'kahwin dengan orang dekat jeee...'. Boleh gituuu??? Hahaha...
'Orang dekat' dalam erti kata jarak rumah orang tua masing-masing. Walaupun aku dan suami senegeri, tetapi hubungan keturunan kami amat berjarak. Aku berketurunan Jawa manakala suami pula panglima Bugis. Haaa...jauhhh tuuu susur galur keturunan kami. Itulah juga yang disarankan oleh agama.
Suasana raya masih terasa walaupun sesetengahnya dah mula bekerja. Aku masih lagi bercuti. Masih ada lagi rumah yang teringin aku ziarahi. Salam lebaran 1434!
No comments:
Post a Comment