Mula-mula nak masukkan Zarin ke pra sekolah, aku fikir sekolah swasta adalah yg terbaik abad ini. Terpengaruh dgn rakan sekerja yg masukkan anak-anak mereka ke tadika aliran English dan Islamik, aku daftarkan Zarin ke prasekolah yg berteraskan bahasa Inggeris dan menekankan pengajaran Islam. Memang depositnya beratus-ratus ringgit.
Setiap kali ibu bapa lambat mengambil anak mereka pihak pengurusan sekolah akan mengenakan bayaran tambahan. Setiap kali sekolah membuat aktiviti luar, ibu bapa diminta membayar yuran luar jangka. Buku teks sekolah mencecah RM1,000.00. Katanya buku adaptasi dari Singapura dan Jepun. Aku akur. Pendek kata semua perkara yg tiada dalam silibus akan dikenakan bayaran. Menjelang waktunya, aku menarik balik keputusan untuk menghantar Zarin ke tadika swasta. Walaupun deposit telah pun dibayar.
Dengan nasihat Puan Maizatul Akmam, Kaunselor di Jab. Kemajuan Masyarakat aku mendaftarkan Zarin semula di Tadika KEMAS yang berdekatan dgn rumah. Dia menjadi pelajar terakhir yg mendaftar yg hampir- hampir ditolak kehadirannya kerana kouta murid sudah mencukupi. Dengan budi bicara guru kelas, akhirnya Zarin diterima juga.
Hari ini Zarin dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan tadika KEMAS Bahagian Pulai dan pelajar cemerlang antara KEMAS kawasan Kempas. Syukur, ini permulaan yang baik untuknya.
Ramai rakan yg mencebik apabila mendapat tahu aku menghantar anak belajar MENULIS, MEMBACA DAN MENGIRA di sekolah kendalian kerajaan. Aku tak ambil pusing. Yuran bulanan sekadar 25.00 berbanding 150.00 di sekolah swasta. Makan disediakan dua kali di KEMAS berbanding sekolah swasta. Menu yg sihat atas nasihat Kementerian Kesihatan. Buku yang bermanfaat dan tidak membebankan ibu bapa dan murid.
Kini Zarin sudah bersedia untuk melangkah ke darjah 1. Sudah fasih membaca bahasa Melayu dan Inggeris. Sudah pintar mengira tambah dan tolak. Sudah bijak mengenal alif ba ta. Sudah tahu asas fardu ain. Sudah boleh mena'kul keadaan. Alhamdulillah, aku tak salah memilih sekolah terbaik utk anakanda tersayang. Syukur, kerajaan sangat prihatin dgn kepentingan pendidikan anak-anak.
2 comments:
Tahniah zarin..biar cemerlang dlm pelajaran jgn cemerlang kepuakaan mcm ibu tau :p
Hoi! Delete complete! 😜
Post a Comment