Pages

Thursday, December 11, 2014

Di Sebalik 5A

Sekali lagi suasana menerima keputusan UPSR yang tidak saya persetujui berlaku. Seperti tahun lepas, legasi kecemerlangan diteruskan oleh anak kedua. Syukur atas kurniaan-Nya.

Sekolah meraikan pelajar-pelajar 5A dengan majlis graduasi. Nama mereka dipanggil seorang demi seorang dan menerima keputusan di atas pentas, bergambar dengan ibu bapa (yang kononnya dianggap cemerlang juga) dan bersorak riang dengan barisan guru-guru cemerlang di atas pentas, bersaksikan tetamu lain di bawah pentas yang terdiri daripada pelajar yang bukan 5A dan ibu bapa yg bukan memiliki anak 5A.

Saban tahun, inilah yang berlaku di sekolah. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan kaedah ini, walaupun anak saya diraikan penuh gemilang dalam majlis yang dianggap bersejarah. Apalah sangat dengan 5A peringkat UPSR??? Bukan boleh terus masuk IPT. Bukan boleh dikelek ke hulu ke hilir. Sekadar tiket untuk ke Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan sekolah-sekolah berprestij tinggi (kawalan dan kluster).

Pelajar yang tidak memperoleh 5A "sila beratur dan mengambil keputusan pada guru kelas masing-masing". Di sini, anak-anak disogokkan dengan diskriminasi sosial! kalau saya jadi ibu bapa mereka, saya sangat berkecil hati.

Pada peringkat pelajar sekolah rendah, mereka tidak sewajarnya diasing-asingkan  begini. Lebih baik tak buat majlis daripada buat majlis tetapi ada yang sentap anak tidak dirai. Apalah salah mereka yg tidak mendapat 5A juga diraikan dalam majlis yg sama? Alang-alang buat majlis...raikanlah keseluruhannya.

Waallahualam...  

2 comments:

Rafi said...

Setuju!

Citra Wangsa said...

Ini komen ko plg bijak spjg thn 2014 :)