Pages

Tuesday, December 30, 2014

Benci!

Memang sakit hati kalau semua benda nak dicatu. Catu air catu letrik...lagi sakit hati dan meluat dan benci tahap kronik bila benda makan pun nak dicatu! Memang kena sumpah seranah akulah jawabnya!

Orang macam ni memang sampai mati hidup tak kaya! Kena ingat, setiap manusia tu dah ditentukan rezeki masing-masing. Kalau kau yg tentukan catuan tu...kau ingatlah bahawa Tuhan tu lagi berkuasa mencatu rezeki kau! Huh!😤😤😤

Friday, December 26, 2014

Banjir Lagi

Musim tengkujuh menjengah lagi. Negeri Pantai Timur sudah ditenggelami air. Banjir kali ini agak dahsyat juga. Yg nak aku debatkan di sini ialah persiapan kita menghadapi fenomena ini saban tahun.

Aku memang tak turun padang melihat dgn mata kepala sendiri keadaan mangsa banjir yang kedaifan. Tapi aku tak pernah ketinggalan mengikuti perkembangannya di kaca tv. Kita sedia maklum kawasan yg berpotensi tenggelam setiap tahun ialah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Malangnya bantuan utk mangsa banjir datang setelah rumah mangsa tenggelam.

Sepatutnya kita dah bersedia dari awal semenjak bulan pertama hujan lebat tanpa henti. Bantuan makanan, pakaian, ubat dan kemudahan asas lain patutnya perlu sampai sebelum air naik. Dan patut dah ada tempat atau lokasi penempatan mangsa banjir yang sempurna, bukannya mencampak mereka di balai-balai raya yang terbuka yang terpaksa berkongsi tandas. Tak ada sistem langsung! Daif!

Wanita terutamanya perlu menjaga aurat mereka. Apatah lagi gadia remaja. Dalam keadaan balai raya yg makan berlonggok, tidur bercampur, aku rasa..."macam adaaa yang tak kena!"

Sekurang-kurangnya mangsa banjir perlukan sebuah asrama atau pusat penempatan mangsa banjir yang selesa walaupun tidak sempurna seperti kediaman mereka. Sedih melihat mereka terpaksa tinggal di balai raya dan dewan serbaguna. Pihak yg berkuasa patut lebih peka bukan pekak! Sudahlah bantuan tiba setelah mereka terlantar...talian telefon terputus...api air terhad...

Semoga mangsa banjir tabah dan sabar dgn dugaan yang Tuhan berikan. Ujian ini menguji kekuatan iman dan takwa. Waallahualam...

Monday, December 15, 2014

Sistem yang Tak Sistematik

Mengurus persekolahan anak agak memenatkan. Tahun depan seorang lagi anak akan memasuki persekolahan menengah. Dia antara pelajar yang mendapat 5A. Sebaik menerima keputusan dia menerima tawaran di sekolah-sekolah yg terbaik utk pelajar 5A.

Pada masa yang sama pihak PPD menawarkan sekolah harian biasa dan sekolah kawalan (kluster dan berprestij). Sistem tawaran sebegini agak memenatkan dan mengelirukan. Sewajarnya pihak PPD tak payahlah menawarkan sekolah harian kepada pelajar 5A kalau dalam masa yang sama menawarkan sekolah-sekolah lain spt sekolah kawalan, SMKA, SBP dan seangkatan dengannya.

Yang penat dan pening mak bapaklah sbb nak memenuhi keperluan dan kehendak anak yang teruja. Tak bolehkah, anak yang mendapat 5A ini ditawarkan di satu sekolah saja yang terbaik untuknya? Kalau byk sangat tawaran...byk pula tarikh pendaftaran...tarikh temuduga!

Aku ni dah macam tak ada benda lain nak buat melainkan ke hulu ke hilir mendaftar anak ke sekolah-sekolah yg diarahkan dan pada yg sama memenuhi tawaran temuduga.
Susah jugalah kalau byk sgt pilihan...

Thursday, December 11, 2014

Di Sebalik 5A

Sekali lagi suasana menerima keputusan UPSR yang tidak saya persetujui berlaku. Seperti tahun lepas, legasi kecemerlangan diteruskan oleh anak kedua. Syukur atas kurniaan-Nya.

Sekolah meraikan pelajar-pelajar 5A dengan majlis graduasi. Nama mereka dipanggil seorang demi seorang dan menerima keputusan di atas pentas, bergambar dengan ibu bapa (yang kononnya dianggap cemerlang juga) dan bersorak riang dengan barisan guru-guru cemerlang di atas pentas, bersaksikan tetamu lain di bawah pentas yang terdiri daripada pelajar yang bukan 5A dan ibu bapa yg bukan memiliki anak 5A.

Saban tahun, inilah yang berlaku di sekolah. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan kaedah ini, walaupun anak saya diraikan penuh gemilang dalam majlis yang dianggap bersejarah. Apalah sangat dengan 5A peringkat UPSR??? Bukan boleh terus masuk IPT. Bukan boleh dikelek ke hulu ke hilir. Sekadar tiket untuk ke Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan sekolah-sekolah berprestij tinggi (kawalan dan kluster).

Pelajar yang tidak memperoleh 5A "sila beratur dan mengambil keputusan pada guru kelas masing-masing". Di sini, anak-anak disogokkan dengan diskriminasi sosial! kalau saya jadi ibu bapa mereka, saya sangat berkecil hati.

Pada peringkat pelajar sekolah rendah, mereka tidak sewajarnya diasing-asingkan  begini. Lebih baik tak buat majlis daripada buat majlis tetapi ada yang sentap anak tidak dirai. Apalah salah mereka yg tidak mendapat 5A juga diraikan dalam majlis yg sama? Alang-alang buat majlis...raikanlah keseluruhannya.

Waallahualam...