Pages

Monday, June 1, 2015

Srikandi Pejuangan

Detik cemas melahirkan seorang umat Muhamad pada 25 Mei lalu masih terbayang-bayang dlm kanta mata. Aku melalui contraction sejam setengah sebelum melahirkannya. Betapa pun sakitnya aku tetap menolak suntikan epidural yang doktor tawarkan. Biar sakit kerana itu nikmat dan penghapus dosa.

Melahirkannya tanpa setitis darah satu keajaiban. Darah keluar dari liang hidung dan tersembur dari mulut sesuatu yang ganjil. Doktor pula tidak menjangkakan pendarahan tsb berlaku. Selepas uri dikeluarkan sepenuhnya barulah darah keluar mencurah-curah dari rahim. Subhanallah! Allahuakhbar! Inilah jihad! Keajaiban ilmu kelahiran hanya Allah sahaja yg maha mengetahui. Sakit yang aku alami tangisan yang terzahir dari liang mata suami! Dia saksi.

Aku merasakan betapa syukur melahirkan seorang lagi puteri yang aku anggap seorang srikandi pejuangan. Kelahirannya lain drpd yg lain. Moga dia terus sihat dalam mengharungi hari-hari yang penuh barakah.

Monday, March 16, 2015

Bapak kat Mana?

"Manalahhh bapaakkk kau ni tak balik-balik? Hebat sangat ke bisnes sampai malam tak balik lagi????"

~ ayat yang kalau kena batang hidung, memang kau sentap!!! ~

"Manalaahhhh maakkk kau ni tak balik-balik??? Hebat sangat keee jawatan mak kau tuuuu??"

~ ayat paling tragis tapi takut nak cakap depan-depan. Cakap belakang beranilahhh... ~

Kesimpulannya, masalah tak akan selesai. Nampak sangat keikhlasannya semakin pudar!

Friday, March 13, 2015

Pilih

Dalam hidup ini hanya ada dua pilihan. Ya atau tidak. Bagi seseorang yang berpengaruh pilihannya cuma hilang dan terbilang.

Monday, March 9, 2015

Cicakman vs Spiderman

Sejak filem Cicakman yang pertama ditayangkan sehinggalah yang terkini, Cicakman 3 aku tetap tidak boleh menerima hakikat filem itu diangkat sebagai sesuatu terbaik dalam dunia perfileman negara.

Orang Barat bikin filem Spiderman, orang Islam bikin filem Cicakman. Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW paling tak suka dengan cicak. Satu-satunya haiwan yang membocorkan rahsia keberadaan nabi di dalam sebuah gua semasa nabi melarikan diri daripada musuh Islam. Labah-labah pula binatang yang melindungi baginda dengan membuat sawangnya di pintu gua.

Siapa yang lebih dekat dengan nabi sekarang ni? Orang Islam atau orang kafir Yahudi? Siapa yang mengkaji al-Quran sekarang ni? Orang Islam atau orang Barat? Betapa orang Barat menjadikan spiderman sebagai bahan kreatif untuk diangkat sebagai hero! Yang orang Melayu Islam ni pula mengagungkan cicak sebagai hero. Cicak yang menjijikan. Cicak yang kalau dibunuh dapat pahala! Cicak yang kotor! Yang nabi tak suka itu pula yang dianggap baik?

Sehingga kini aku tetap membantah filem tersebut. Tak akan menontonnya!

Wednesday, March 4, 2015

Cucu Oh, Cucu!

Belum pernah aku dengar pengakuan 'aku nak jaga cucu bila dah tua'. Warga emas sekarang terpaksa jaga cucu sepenuh masa kerana terpaksa. Bukan kerana 'suka gilerrr'. Anak-anak sekarang bagi alasan cucu tu tak nak dijaga orang lain sbb tu hantar di rumah nenek dan atuk! Apa pun alasan, adalah tidak wajar anak buat mak bapak macam orang gaji yang tak bergaji untuk jaga cucu sepenuh masa!

Kalau mintak tolong jaga janganlah sampai menyakitkan hati mak ayah sampai mak ayah merungut...sakit jiwa...sehinggakan perkara yang ikhlas akhirnya jadi tak ikhlas. Akhirnya dapat dosa. Anak berdosa mak ayah pun berdosa!

Apabila menjelang usia emas, berilah masa mak ayah beribadah sebanyak yg boleh. Masa yang tinggal sipi-sipi biarlah mereka raikan demi Tuhan. Berilah masa mereka mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Mereka dah penat menjaga anak-anak ketika muda. Adakala tertinggal solat dan puasa. Bangun malam bukan untuk tahajud tapi buat susu anak. Bila dah tua, mereka terpaksa bersengkang mata jaga cucu pula. Pastinya mereka rasa kecewa. Bak kata seorang warga tua 'sebab anak bijak pandailah aku jadi macam ni! Terpaksa jaga cucu setengah mati'. Aku yang dengar pun merintih sayu. Moga Allah selamatkan warga tua itu. Aminnn...

Sunday, February 15, 2015

Memimpin itu Mendidik bkn Mengherdik

Betullah kata orang. Sekali terluka selamanya terasa.

Aku paling benci diherdik! Itu bukan ciri-ciri kepimpinan yang bagus. Aku boleh je nak balas balik, tapi keadaan akan semakin keruh. Jadi, lebih baik diam drpd terus-menerus berhujah.

Mengalah bukan sebab kalah...sebab menghormati orang yang jauh lebih tua. Menjadi pemimpin biarlah orang lain boleh belajar sesuatu sama ada secara langsung mahupun tak langsung. Kalau pemimpin depan mata gagal memberi pendidikan yang terarah...tidak menghargai dan tidak memotivasikan diri...aku kira itulah ciri-ciri kepimpinan yang gagal!

"You not always right, sir! You still deny your mistake!"

Saturday, February 7, 2015

Dalam Hati

Yang terbuku dalam hati...tangisan
Yang tercalar di sanubari...duka
Yang terperit untuk ditelan...sengsara
Yang terpedih untuk diungkap...derita

Tuhan...lepaskanlah luka lara ini
Aku ingin hinggap di dahan bahagia
Tanpa prejudis jiwa
Tanpa prasangka lara

Tuhan...makbulkanlah doa
Aku ingin senyum dan ketawa
Dengan ikhlas sejujur bicara
Enggan berdendam walau kecewa

Hati

Hati Menangis Siapa Tahu... 😢😢😢

Wednesday, January 28, 2015

Hati Menangis Siapa Tahu

Dalam diam aku sendiri
Melirik tinta yang kian pudar
Sesekali gugur air mata
Membasah sekeping nubari

Ingatan...masih segar
Biar luka kian pulih
Namun...masih tertinggal parut
Yang tak mungkin hilang

Sahabat...
Hilangkanlah diriku
Yang gagal menjadi sebahagian dirimu
Biarkan aku kosong
Aku redha...

Saturday, January 24, 2015

Utusan untuk Sahabat

Salam sahabat...
Dalam keteguran itu sebenarnya satu prasangka dan tuduhan. Aku terbuka hati dan minda jika teguran itu membina. Tapi untuk kali ini kau lemparkan tuduhan dan prasangka buruk yang menutup segala hikmah dan nikmat sebuah persahabatan.

Aku mungkin salah dan kau tak semestinya benar. Sungguh, yang kau katakan itu bak belati menghiris sanubari. Aku tidak pernah mahu lari daripada kekhilafan. Dan aku tidak pernah mahu mengalah jika teguran itu sebenarnya tuduhan!

Demi sebuah persahabatan, aku menutup segala hijab untuk sekian kalinya. Biar terputus silaturahim yang satu itu demi kepuasan hatimu...demi menghormati persahabatan kita yang terbina sejak puluhan tahun! Moga terus berbahagia dengan duniamu. Aku begini adanya.

Friday, January 23, 2015

Terima kasih

Dalam hilai tawa...sendu di penghujungnya
Dalam riuh rendah...luka di pengakhirannya
Dalam usik manja...sakit di penamatnya

Kalau begitu takdirnya
Biar sendiri membawa diri
Kalau itu balasannya
Biar hati dibelati sepi

Terima kasih seadanya...
Hilang sudah kasih seorang teman...
Pudar sudah kenangan yang berlagu...
Mohon maaf pada sebuah melodi yang sepi...

Monday, January 5, 2015

Kau Bos Aku Kuli

Dalam dunia ini ada dua jenis bos. Pertama, bos yang boleh kita belajar macam-macam tentang dunia pekerjaan kita sekalipun dia tak pernah mengajar kita seperti seorang guru mengajar anak murid. Kedua, bos yang langsung tidak memberi kesan terhadap kita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Amatlah rugi dapat bos jenia kedua kerana dia tidak dpt mengajar kita menjadi pekerja yg terdidik.

Tak semua bos pintar. Ada juga yang bebal tak bertempat. Lebih malang lagi apabila dia mengaku dia bagus...sebenarnya dia hangussss!