Ada kasih yang hilang
Muncul dalam terang
Ada cinta terbentang
Hilang dalam sayup bintang
Pages
Sunday, September 14, 2014
Kasih yang Hilang, Cinta Terbentang
Saturday, September 13, 2014
Buku di Lubuk Hati Paling Dalam
Nak kata tak ada bajet...ada laaa sikit- sikit. Nak kata bajet besar sangat tu tidaklah. Nafsu kalau tengok buku...ya Tuhaannnn...gila, sasau, sewel semua menerjah sekali gus! Dalam kata tak ada bajet...tak cukup modal...aahhhh...akhirnya terbang juga beratus-ratus memenuhi kehendak dan naluri diri dan anak-anak.
Bukan senang nak jumpa buku indie. Orang kata buku indie buku jalanan dan serpihan. Bagi aku, buku tetap buku walau apa pun genre yang diketengahkan. Buku sastera yg tinggi nilai estetika dan falsafahnya bukan semua pembaca faham dan suka. Buku eceran dan popular melambak-lambak sampai aku rasa tak ada nilai walaupun ia mempunyai daya tarikan tersendiri. Buku indie sekarang semakin dicari dan diminati. Bahasanya santai dan mudah difahami. Bukan sahaja bersifat tempatan malahan universal. Aku percaya buku indie ada penggemar dan kelas tersendiri. Jangan pandang sebelah mata! Penulis buku indie juga ada maruah yang wajar dipelihara kerana idea mereka nampak karut tapi sebenarnya di luar kotak pemikiran biasa.
Thursday, September 4, 2014
Jangan Menyusahkan Orang
Hidup jangan menyusahkan orang lain. Kalau kita permudahkan orang lain, insya Allah Tuhan permudahkan jalan kita.
Kita hidup bukan untuk diri sendiri. Hidup bermasyarakat maka wajarlah kita tangani masalah sosial dengan fikiran yang waras. Bukan bertindak mengikut emosi.
Hidup jangan suka berpura-pura dan bermuka-muka. Itu talam namanya. Jauhkanlah diri drpd talam!
Tuesday, September 2, 2014
Buku Sebagai Medium Utama Ilmu
Monday, September 1, 2014
Ketawa
Sunday, August 3, 2014
Hati di Palestin
Siapa kata aku tidak menyokong usaha pembebasan Palestin daripada kekejaman Yahudi Israel? Aku memang tidak akan sama sekali menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka. Masih lagi membeli dan menggunakan produk Nestle, Ducth Lady, Acer, HP, FB, Whatapps dan lain-lain produk yg berkaitan dengannya. Bukan aku tak ada pilihan tetapi pilihan terlalu terhad. Jika semua produk diboikot aku akan beli beras cap Burung Serindit je lah! Aku cuba ganti Nescafe dengan Alicafe! Sesungguhnya tidak serasi sama sekali. Aku cuba ganti Baby Johnson dgn bedak Tiga Ros. Tidak serasi juga!
Untuk kali pertama dlm hidup, aku menangis tika surah Yassin aku sedekahkan untuk seluruh rakyat Palestin. Semakin aku tahan semakin deras alirannya. Tuhan saja yg tahu hati dan perasaan aku terhadap Palestin (warga dan buminya) yang berdarah! Itulah jihad aku untuk mereka. Moga Allah perkenankan dan alirkan doaku utk mereka.
Monday, July 21, 2014
Raya 2014
Semakin dekat dengan Syawal semakin hati tambah galau. Pertama, perasaan sayu mengenang insan-insan yang telah pergi membuatkan hati jadi gelisah dan sayu. Ayah, tahun sudah dia tiada bersama kami. Maka kesedihan tahun lalu berterusan ke tahun ini. Nenek dan atuk, sepupu tersayang Norhaida, bapa saudara Sanusi Aziz, mereka juga dalam doa dan ingatan. Pergi dan tak kembali. Giliran aku juga akan menyusul. Pasti!
Kedua, kenangan dosa. Tiada manusia yang bersih daripada dosa. Saban hari memohon keampunan daripada Allah pun belum tentu terhapus segala dosa dan noda sepanjang 38 tahun menjadi hamba-Nya. Tiada manusia yang sempurna namun aku berikhtihar menuju kesempurnaan. Dosa dengan Maha Pencipta, dosa dengan suami, dosa dengan anak-anak, dosa dengan mak dan adik-beradik, dosa dengan sahabat taulan... terhimpun dosa menyedarkan aku betapa singkatnya hidup ini. Semoga ratapan aku setiap malam bertemankan air mata bisa menghapuskan segala dosa. Aminnnn...
Ketiga, bekal amalan. Sebagai isteri, Allah menjanjikan kakinya ke mana-mana saja pintu syurga yang diingini JIKA taat perintah Allah, akur perintah suami. Jaga solat dan puasa, tidak nusyuz dengan suami maka masuklah mana-mana pintu syurga yang diingini. Oh, Tuhan...layakkah aku? Setiap kali melangkah ke luar rumah pasti aku mohon izin terlebih dahulu daripada suami. Pun begitu aku masih bimbang dengan noda-noda yang terpalit di luar rumah. Banyak sangat iblis yang menggoda. Aurat, pergaulan, tertib santun, bicara mulus, semuanya dalam lindungan Allah - mudah-mudahan. Itulah yang paling aku jaga. Semua itu maruah (diri dan keluarga, suami dan anak-anak). Pun begitu masih aku akui pahala yang aku pikul masih ringan sifatnya. Setiap amalan yang Allah beri ganjarannya tak terlihat nyata di depan mata, kerana itu aku masih mengharap syurga setiap masa. Mudah-mudahan jalan itu Allah mudahkan sehingga penghujung nyawa.
Akhir kalam, salam Syawal 1435 daripada saya buat semua pembaca blog ini. Susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf zahir dan batin. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadan 1436.