Pages

Wednesday, February 11, 2009

Jualan Amal: Tabung DBP untuk Gaza ( 2 )

Kanak-kanak turut serta menyumbang.
Meriah sunggug gerai BAKWIS.
Terima kasih warga Singapura!
Eeemmm...sedapnya kek ni. Sebiji RM50.00! Demimu Palestin!
Alhamdulillah, usaha pihak BAKWIS mengadakan jualan amal pada 9 Februari 2009 di Danga Bay mendapat sambutan menggalakkan. Jualan dibuka seawal 10.30 pagi. Belum pun selesai kami menyusun atur barang-barang jualan, sudah ada penderma. Penderma pertama (yang enggan namanya disiarkan) merupakan seorang kaki tangan kerajaan yang membeli 30 buku nota dengan harga RM100.00. Semangat kami semakin berkobar-kobar, menjelang tengah hari. Waktu makan tengah hari dipenuhi remaja yang 'melepak' di Danga. Satu ringgit mereka amat bernilai kepada kami.

Antara barang yang boleh diperoleh di gerai BAKWIS ialah pakaian terpakai, t-shirt, kasut, cenderamata, aneka kek, aneka buah-buahan, makanan ringan, buku lama dan majalah lama.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh ahli BAKWIS yang saling bekerjasama menjayakan program amal ini. Terutama kepada Rizal yang mengusahakan tabung derma, tanda nama, gegantung dan pamplet. Shahrur yang berjaya mendapatkan penaja lori bagi tujuan logistik, Norasiah, Faizah, Siti Hajar, dan Melinda yang bertungkus-lumus membuat kek, makanan ringan, dan buah-buahan. Terima kasih juga kepada Syuhada dan Sheila yang menjual surat khabar lama sehingga berjaya memperoleh RM100.00. Terima kasih juga kepada syarikat Dwi Imej Sdn. Bhd. yang menaja cup cake dan chocolate cake. Sedap! Laris!
Kepada penyumbang lain yang tidak dapat disenaraikan namanya di sini, terima kasih atas sumbangan kalian. Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua. Jangan lupa...14hb ini kita 'berkhemah' lagi di sana!

3 comments:

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

Alhamdulillah..dapat menyumbang sama. Err...Dwi Imej takde Sdn. Bhd. daaa...tak cukup berjaya lagi nak jadik sdnbhd..hehe..and bukan ditaja ek..dibuat sendiri oleh pemilik Dwi Imej..muakakaka..

Citra Wangsa said...

Upppsss...sorry!Anyway, thanks a lot haaa...May Allah bless you.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Tahniah kerana menganjurkan jualan amal itu. Allah akan membalas jasa kalian di DBPWS. Saya mohon maaf kerana tak dapat hadir utk memberikan sokongan. Terpaksa berkampung di PSPN Skudai selama seminggu utk menyiapkan tugasan JPNJ. Apa-apapun, saya berdoa agar jualan amal ini memperoleh kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi.