Pages

Tuesday, February 3, 2009

Laryngomalacia???

Kuanggap ini satu dugaan Allah yang mempunyai hikmat nak nikmat yang tersendiri. Pada 30 Januari 2009, Zarin disahkan mempunyai permasalahan rawan tekak. Segalanya bermula apabila aku dan suami menyedari sesuatu yang aneh ketika Zarin menyusu, baring dan tidur. Zarin seolah-olah berdengkur. Kadang kala bunyinya kuat, kadang-kadang perlahan. Peliknya apabila Zarin tidur mengiring, atau ketika mandi (terlentang), bunyi itu tidak pula kedengaran.

Dr. Zu (adik ipar) yang datang ke rumah, telah melakukan pemeriksaan terhadap Zarin. Pada 2 Februari 2009, Zarin dirujuk kepada pakar ENT untuk mengesahkan masalahnya. Pada awalnya, aku berat hati untuk membawa Zarin ke hospital, apatah lagi apabila aku membayangkan rawatan yang akan dilakukan terhadap Zarin kelak. Namun, setelah memikirkan baik buruk masa depan Zarin, akhirnya aku akur dengan ketegasan Dik Zu. Akhirnya laporan rasmi dikeluarkan oleh Dr. Aizaq (suami Dik Zu) untuk mempertemukan kami dengan pakar ENT.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap Zarin, akhirnya Dr. Wong (pakar ENT) mengesahkan bahawa Zarin mempunyai laryngomalacia. Pada mulanya aku memang tidak faham langsung tentang laryngomalacia. Menurut keterangan pakar, laryngomalacia sejenis rawan yang wujud di dalam tekak, seperti cyst. Biasanya dialami oleh kanak-kanak yang baru lahir. Rawan yang lembut itu telah menutup sedikit saluran penafasannya dan dia seolah-olah berdengkur. Laryngomalacia juga boleh dianggap seperti sleep disordered. Zarin tidak memerlukan sebarang rawatan lanjut mahupun ubat-ubatan khusus kerana usianya baru menjangkau 2 bulan. Apa yang perlu dilakukan, bagi mengurangkan bunyi yang keluar dari tekaknya itu ialah, menidurkan dia secara mengiring (ke kanan). Itu sahaja.

Mujur juga Zarin masih boleh menyusu dengan baik dan aku tahu dia kenyang dengan susu yang diberi. Dan, mujur juga Zarin masih boleh bernafas dengan sempurna dan normal (tidak termengah-mengah). Inilah dugaan. Aku semakin sabar. Semakin menyayanginya. Semakin kuat semangat. Berfikiran positif. Lebih mendekatkan diri dengan Allah. Allah menduga hamba-Nya dengan dugaan yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Ya, aku percaya!

Di luar sana, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, lebih dahsyat daripada yang aku alami. Aku pasti, hanya insan yang dipilih oleh Allah sahaja yang menerima dugaan seperti ini. Mudah-mudahan Zarin cepat sembuh, dan membesar dengan sempurna. Amin...

7 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

ya, kak zura. semoga tabah ya. dan info ini amat berguna kepada yang mungkin akan 'terlalui' dugaan-Nya.

A.H. Hamzah said...

hmmm zura... everyhthing will be ok. Insyaallah. Satu idea menarik utk aku buat research utk ruangan Kesihatan.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Banyakkan berdoa untuknya kerana tidak ada pendinding doa seorang ibu kepada anaknya, mudah-mudahan Allah akan menyembuhkannya dengan sifat sabar dan doa kita.

Citra Wangsa said...

Terima kasih Ren, thanks Hamzah, terima kasih cikgu.

Anonymous said...

Moga kini anak kesayangan Tuhan beransur pulih. Moga Allah mudahkan urusan kalian.

Unknown said...

salam...solution akak cane?buat surgery x?...skrg ni anak sdre saya ditahan icu sbb sakit nie..kesian sgt...kecik lagi...kat bdan berselirat dengan wayar2..sedey sgt.....

Abdullah said...

salam kenal, baby saya pun kata doktor kena laryngomalacia, sejak lahir hingga kini (hampir 3 bulan)setiap bernapas berbunyi. saya nak tanya, cam mana dengan zurin sekarang ?apa dah ok, apa napasnya tak berbunyi lagi?terima kasih