Pages

Friday, February 6, 2009

Jualan Amal: Tabung DBP untuk Gaza

Salam...
Kepada pembaca blog yang bermastautin di sekitar Johor Bahru/Singapura/Melaka, anda dipelawa menyertai JUALAN AMAL bagi mengisi tabung Gaza. JUALAN AMAL ini merupakan anjuran Badan Kebajikan (BAKWIS) DBP Wilayah Selatan.

Kepada sesiapa yang ingin turut serta menjual barangan peribadi, makanan, buku, majalah, barang terpakai, dan apa saja yang difikirkan sesuai, sila ke gerai DBP di Festive Street Mall, Danga Bay pada 9 dan 14 Februari 2009 pada pukul 10.00 pagi untuk menyerahkan barang-barang jualan kepada pihak BAKWIS. Atau hubungi saya untuk saya ambil barang jualan tersebut sebelum 9 Februari 2009. Jualan akan berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam.

Hasil kutipan akan diserahkan ke Tabung Gaza di peringkat nasional, yang dikendalikan oleh pihak NSTP.

*3 perkara yang dinilai amalannya setelah seseorang itu meninggal dunia ialah, ilmu yang ditinggalkan, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh yang mendoakannya.

2 comments:

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Terlebih dahulu tahniah kepada BAKWIS kerana mengadakan usaha ini. Saya doakan semoga usaha kalian diberkati Allah dan mendapat sambutan. Insya-Allah saya akan pergi ke sana jikalau ada kelapangan masa. Nak sumbangkan barangan, apa ye? Nanti saya tengok, apa-apa yang ada. Apa-apapun saya berasa begitu bangga kerana saya melihat BAKWIS DBPWS ini memiliki komitmen yang padu utk membantu orang yang teraniaya. Teruskan usaha kalian. Ya Allah, Engkau berkatilah usaha ini dan permudahkan urusan mereka.

Citra Wangsa said...

Alhamdulillah...kami berjaya mengumpul 3 ribu lebih setakat ini. Terima kasih banyak2 kepada pihak pengurusan Danga Bay yang memberi ruang dan peluang ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sekalipun sekadar memberi sokongan moral. Semoga usaha ini diberkati.