Seperti biasa, setiap dua minggu sekali Maria akan memeriksa beg sekolah anak-anaknya. Beg si sulung yang beru berusia 8 tahun dibuka. Dua minggu yang lepas Maria terjumpa artikel tentang Datuk Ahmad Kemin, tauke Mutiara Motors Sdn. Bhd. Apabila ditanya kepada Zaiqel, kenapa dia menyimpan artikel tersebut, jawapannya "I'm going to be a ferrari's big bos, like this man." Tergamam jugak Maria dibuatnya. Tidak disangka Zaiqel menyimpan impian sebegitu.
Maria membelek setiap buku satu persatu. Buku teks sudah lunyai. Buku latihan sudah separa hancur. Buku tulis sudah hilang sampul. Maria mengeluh. Kepalanya yang tidak pening berpusing-pusing memikirkan 'keganasan' yang dilakukan oleh anak lelakinya itu. 'Tak apalah, asalkan kerja sekolah dibereskan,' naluri hati seorang ibu berbisik kecil.
Maria membuka pula blok lukisan Zaiqel. Anak itu memang gemar melukis. Satu persatu lukisan yang dihasilkan dibelek Maria. Pelbagai tajuk - ITALINO FERRARI'S INNOVATION, HIDUPAN LAUT, MENARA IMPIAN, BERLIAN MOTORS...
Tiba-tiba sekeping poster bersaiz sebesar buku teks, jatuh di pangkuan Maria. Poster gambar seorang PM tersergam. TAK NAK BN. SETIAP UNDI MEMBAWA PADAH. Maria terkejut, walaupun hatinya bagai digeletek. Maria ketawa perlahan.
"Zaiqel, mana abang dapat poster ni?" tanya Maria kepada anaknya yang sedang tekun melukis-Ferrari lagi...
"Kawan di sekolah bagi," sekilas dia memandang, selamba menjawab tanpa perasaan.
"Mana kawan abang dapat?"
"Bapak kawan abang bagi,"
"Mana bapak kawan abang dapat?"
"Kawan bapak dia bagi,"
"Mana kawan bapak kawan abang dapat?" Maria seperti tidak puas hati dengan jawapan Zaiqel. Zaiqel berhenti melukis. Wajah Maria dipandang tajam. Tangan kanan menggaru-garu kepalanya dengan pensil 5B yang setia di tangan. Maria membalas renungan tajam itu sambil mengangkat-angkatkan keningnya menanti jawapan.
"Ibu, ibu tak layak jadi editor. Sepatutnya ibu kerja jadi peguam!" spontan Zaiqel memberi jawapan di luar jangkaan. Tanpa perasaan...Zaiqel meneruskan kerja-kerja melukisnya.
'Bertuah punya anak!' Maria mengemas semula isi beg sekolah Zaiqel. Poster tersebut diambil dan diletakkan di atas katil bujang Zaiqel. Sempat Maria menitipkan sebaris ayat di belakang poster tersebut buat tatapan si anak - SIMPAN POSTER INI SEBAGAI BAHAN KAJIAN!
bersambung...
4 comments:
Salam...
kadang-kadang jawapan se kecil sesuatu yang tak dijangka oleh kita. ....
Pn. Maria,
1. Saya amat yakin ini kisah benar khusus tentang foto itu. Zaman kita sekolah rendah dahulu tiada foto bernada kebencian sebegitu berada di tangan kita. Dan memang benar ketika arus Mac 2008, anak pernah berkata bahawa ramai juga kawannya kata tentang poster indah 'Barang Naik' itu!
2. Saya sendiri pernah ditanya anak kenapa 'ramai orang benci sangat-sangat' kepada si polan si polan itu yang ada kaitan tentang 'Barang Naik', maaf cakap saya jawab ya...! kenapa? nanti besar anak ini akan mengerti akan 'kezaliman' si polan itu kepada si polan itu yang sudah masuk tahun ke-11!
Salam AZURA,
Entah-entah Ibu Maria telah mengajar anaknya membaca Harakah! Tak adalah, gurau je...Ya, kalaulah dapat dijadikan kajian tentang perkara ini, saya percaya murid-murid tidak akan menghadapi masalah untuk menyiapkan kajiannya.
Salam Mrs Att,
terima kasih berkunjung ke blog ini. anak kecil sdr. sgt comel. moga menjadi anak yang bijak.
Sdr. RAR,
saya sgt terkejut melihat poster ini sebenarnya. mungkinkah telah tersebar luas tanpa diketahui pihak sekolah? anak-anak kita semakin matang...
Salam Cikgu Azhar,
Kalau ya pun, Puan Maria mengajar anak-anak membaca HARAKAH...apalah salahnya kan? Itu juga bahan bacaan yang mampu membuka minda. NST,BH,UM juga masih menjadi santapan kami.
Post a Comment