Pages

Wednesday, September 2, 2009

Slogan Baru...

Maria menjengah bilik tidur adik iparnya Asha. Bilik itu telah dicat baru. Merah jambu. Sesuai dengan Asha yang bakal menjadi raja sehari tidak lama lagi.

'Bakal pengantin baru...semuanya baru...,' sukmanya berbisik. Senyumnya berbunga. Teringat set katil pengantinnya yang telah mencecah usia sembilan tahun. Senyum lagi. Sehingga kini katil pengantinnya masih utuh!

Hadi memasuki ruang yang sama. Tangannya mesra merangkul bahu Maria yang sedang membelek-belek set katil kayu jati. Kurang-kurang tiga ribu juga harganya.

"Jom kita ganti katil baru. Kita beli yang ada tiang!" ujar Maria secara tiba-tiba tatkala Hadi melemparkan tubuhnya ke tilam empuk seperti hendak menguji kelasakan katil baru adiknya.

"Awak ni Yang...mintak yang pelik-pelik. Nak TV yang lekat di dindinglah, nak katil bertianglah, nak peti sejuk melintanglah!" Hadi mengomel.

"Aik, apa salahnya?" Maria masih membelek-belek keunikan kayu jati.

"Salah tu tidaklah...Kalau saya nak beli katil, tak payah tunggu awak mintak....Nanti bila saya nak kahwin, saya belilah...,"

"Hah???Apa??? Ulang lagi!!!" Maria spontan mencapai sekaki payung di sebalik pintu. Mahu sahaja rasanya direjam ke dada suaminya. Hadi ketawa mengelekek, cuba mengelak payung di tangan Maria. Takut juga dia kalau-kalau gurauan itu memutuskan kepalanya daripada badan! Maria agak alergi apabila mendengar ungkapan 'kahwin lagi', 'bini muda', 'poligami', dan yang seangkatan dengannya.

"Sorry, Yang...sorry...," Hadi mengelak-ngelak payung yang masih di tangan Maria.

"Abang jangan macam-macam...dah lupa slogan saya?"

"Apa dia?"

"Satu Bini: Isteri Didahulukan Anak-anak Diutamakan!" Hadi tergelak memanjang. Maria turut memburaikan ketawanya. Tidak tertahan melihat Hadi yang sakan mengelak rejaman payung di tangannya.


bersambung...

7 comments:

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Slogan yang hebat dan gah, tetapi untuk sang isteri, bukan untuk sang suami! Saya rasa sang isteri wajarlah tidak menolak secara total sesuatu yang diizinkan dalam agama. Barangkali ada perkara yang buruk pada pandangan kita tersembunyi kebaikannya! Misalnya, katil yang ada tiang pun, kalau silap gayanya boleh tumbang, kalau tak cermat pada malam pertama! Jadi, katil yang ada tiang mungkin nampak kukuh dan cantik, tetapi siapa tahu...akan terjadi sesuatu...

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

haha..akhirnya setelah dibelek2 laman belakang, aku rasa aku paham siapa maria nih. best best...sori ler, memang dah lama tak berkunjung ke blog nih, bz yang teramat.

selamat hari raya untuk puan maria sekeluarga yek.

btw, i like the slogan. hehe..

Rusdi Abd Rahman said...

Pn. Maria,
Slogan itu mungkin boleh membawa maksud... '1 Bini: Lain Yang Diamanahkan, Lain Diutamakan'? Bini dia itu orang suruh jaga rakyat ramai tapi yang dijaga dirinya untuk 'melawa rambut dan pakaiannya...' faham dalam-dalam maksud ini, jawapannya mudah serta hanya 1 Bini ini sahaja yang ada kini dilihat begitu sifatnya...!

Md Nizar Parman said...

Salam Puan Maria,
Semakin seronok membaca kisah hidup "Pn. Maria" ini. Wah, nampaknya slogan itu telah mencetuskan slogan yang lain pula. Sedang berfikir, apakah slogan yang sesuai untuk diri saya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura. tumpang senyum, boleh yek.he.he.

Citra Wangsa said...

Cikgu Azhar,
Maria tidak pernah menolak hukum. Cuma alerginya sehingga kini belum ada penawar. Cikgu nampak berminat dgn isu ini...ada apa-apa ke? hehehe...

Hannah,
Akhirnya kau faham juga ye...blog hang awat tak boleh masuk? Sudah tukarkah???

Sdr. RAR,
Daripada kita memikir ttg rambut dan pakaian si FIRST LADY tu, lebih baik berkunjung ke FIRST LADY...(hehehe...bawalah isteri ke sana, macam-macam adaaa...ingat, isteri didahulukan...)

Cikgu Nizar,
slogan ini dicipta daripada seorg isteri untuk seorang suami (Cikgu Azhar cakap tu salah ye...).

Rend,
Kau kahwin dulu ye...lepas tu boleh gelak besar...tak yah nak senyum2 lagi.

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

blog aku tak update2..takde masa..so aku dah kunci rumah tuh.