Maria menatap laman facebook.
Selepas penat memasak, dia menidurkan anaknya yang kecil. Hujung minggu terasa bosan apabila tidak diisi dengan aktiviti riadah di luar rumah. Kesibukan suaminya menghalang dia melaksanakan aktiviti luar. Sementara si kecil sedang lena dan anak-anak yang lain bertandang ke rumah jiran sebelah, Maria mencuri masa menghadap laman facebooknya.
Sedikit catatan ringkas di Dinding facebook ditinggalkan untuk tatapan teman facebook yang lain:
"Teman facebook yang dihormati. Dimaklumkan bahawa saya tidak lagi mengendali urusan penerbitan di DBPWS. Segala urusan penerbitan telah diserahkan sepenuhnya kepada Puan Roslin Majid. Kini saya membantu urusan Unit Sastera yang diketuai sifu RAR. Kepada rakan editor, sila beri kerjasama kepada pegawai penerbitan yang baru. Kepada rakan penulis yang dikasihi, harap berpuas hati dengan air tangan editor baru. Terima kasih kpd semua yang pernah bekerjasama dengan saya sepanjang saya berkhidmat di Penerbitan. Penerbitan di DBPWS masih relevan. Dan penghijrahan ini satu pengorbanan. Sekian, salam hijrah."
Maria memandang sekilas manuskrip di sebelah meja komputernya. Manuskrip terakhir!
1 comment:
salam kak zura yang dihormati. Unit Sastera semakin kukuh dan ampuh tampaknya. semoga unit Penerbitan juga seiring langkahnya. nampaknya ren kehilangan editor Mazhab Cinta dan Jendela. :(
Post a Comment