Pages

Thursday, January 28, 2016

Touch N Go CareLine

Perkhidmatan TnG CareLine memang terbaik. Ini kali kedua PLUS terlebih tolak amaun dalam kad touch n go pelanggan (akulah tu). Jadilah pemandu prihatin dan tahu hak sebagai pengguna lebuh raya.

Kadar tol ke Port Dickson dari tol Skudai sepatutnya 33.60 sahaja. Tetapi PLUS (entah apa sengal) dah tolak sampai 54.20. Mujurlah kita ni pemandu yang sentiasa pandang skrin TnG. Disebabkan kereta belakang dah hon, tak sempatlah kita ni nak berlengah-lengah. Maka perjalanan pun diteruskan. Selesaikan semua tugas di PD, sampai JB semula dah malam. Jadi, tak sempat nak hubungi TnG CareLine. 

Baru pagi tadi berjaya menembusi talian tersebut setelah hampir 10 kali mencuba. Talian terlalu sibuk. Sudahlah taliannya satu saja, tiada nombor alternatif. Kusabarkan jiwaaaa....
Tak perlu pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan semula baki 20.60 yang terlebih tolak tu. Sekadar berikan no siri, nama penuh, no kad pengenalan dan no akaun bank. Dalam tempoh dua minggu mereka akan masukkan semula amaun yang tertolak itu.

Sebagai pengguna yang sabar (sabarlah sangat!) kita akur dengan prosedur yang ditetapkan. Dua minggu pun dua minggulah. Mereka melayan pelanggan dengan penuh hemah. Sangat berbudi bahasa dan sopan, Tahniah! Memang mesra (terlebih mesra) dan memudahkan. Terima kasih TnG CareLine. 

YANG TAK WAJAR
Yang tak wajar ialah, sepatutnya hal ini tak berlaku. Bukan sekali dua PLUS tolak amaun kad TnG dengan kadar yang salah, Kalau pemandu alert (mcm kita ni) bolehlah kita klaim balik. Kita rasa, ada pemandu yang tak perasan berapa jumlah kadar tol yang ditolak setiap kali mereka touch skrin TnG tu. Nama pun TOUCH AND GO, bukannya TOUCH, SEE AND GO. Berapa hontongggglah PLUS kalau dalam sehari 10 pemandu tak perasan kad mereka terlebih tolak? Bayangkan? Mahu jejak jotah..jotah...tu pasal PLUS kayo! 

MAAFKAN KESILAPAN
Namun sebagai manusia, mesti kita ada perasaan kemanusiaan. Kita sangka baik sajalah. Mesin yang beroperasi tu mungkin tak sekolah. Tak faham bahasa. Nama pun mesin (walaupun dikendalikan oleh manusia). Jika berlaku kpd pemandu yang tak perasan atau tak alert, kita namakan ia sebagai 'bukan rezeki kaulah'. Tuhan nak bagi rezeki lain yang lebih besar (sangat sangka baik). Tapi pada zaman sekarang, dengan nilai ringgit yang tidak stabil, semua perkara ada harga. Bukan nak berkira, tetapi berkira-kira. Hidup mesti tahu HAK. Jangan ambil hak orang, mudah-mudahan orang tak ambil hak kita. 

Tuesday, January 26, 2016

Cikgu Maths

Bila belajar di sekolah, asyik cakap tak faham...tak faham...tak faham. Bila masuk kelas tuisyen...balik rumah berkobar-kobar siapkan latihan dan kerja sekolah yang terbengkalai. Tiba-tiba jadi faham. 

Bila mula bab baharu yang cikgu ajar di sekolah, mulalah merungut. 
"Amendaaalaahhh yang cikgu bebel ni? Apa sajalaahhhh yang cikgu ajar nih?"

Kawan-kawan lain pun sama. Bengang dengan cikgu Gayah, guru Matematik Tingkatan Tiga. Dia mengajar tidak bersungguh-sungguh untuk memahamkan pelajarnya. Habis silibus...sudah! Dia tak pernah kisah pelajar faham atau tidak.

"Eh, entah-entah dia pun tak faham apa yang dia cakap!" mereka sekelas merungut lagi. Bila pelajar angkat tangan bertanya dan cakap tak faham...dia suruh rujuk semula buku teks sebelum buat latihan yang diberi. Eh...senangnya cakap!

Sebab itulah anak yang seorang ini dihantar kelas tuisyen Cikgu Bart. Cikgu yang lembut hatinya. Cikgu yang berkalimah suci sebelum memulakan kelas bimbingan Matematik. Cikgu yang punya anak sepuluh dan kesemuannya scorer Maths! 

Memang pelik. Belajar dengan Cikgu Gayah gasak tak faham. Belajar dengan Cikgu Bart semuanya faham. Jadi, bukan salah murid yang bengap...salah cikgu yang tak punya kemahiran pedagogi dan ilmu Matematik yang suci! Maaf cakap.

Monday, January 25, 2016

Ceritera FB

Face Book (FB) bukan lagi medan yang sesuai untuk orang seperti aku. Aku akui memang laman sosial tersebut jika dimanfaatkan akan mendatangkan faedah. Begitu juga jika didajalkan maka akan menjadi ruang untuk syaitan dan barisan pahlawannya berjimba-jimba.

Aku menjadi mangsa dalam keperibadian aku sendiri. Secara peribadi, laman itu aku anggap sebagai ruang peribadi aku yang aku garap dengan pelbagai rencah. Luahan hati dan minda sering kali aku luaskan pengaruhnya di FB. Analoginya bagai sebuah rumah milik persendirian. Kita berhak mendapat hak eksklusif di kediaman sendiri apatah lagi jika kita menjadi residen tetap! Asal sahaja kita tidak menceroboh hak dan meruntuhkan rumah orang lain itu sudah cukup bagus. Kita punya sukalah nak pakai apa pun di dalam rumah sendiri. Tak nak pakai apa-apa pun itu hak kita. Jika dianggap melanggar hak asasi manusia, mana aktanya? Apa hukumannya? Begitu jugalah FB. Akaun kita, suka hati kitalah. Malangnya ada pihak yang tidak bersetuju dan memandang sendeng keberadaan aku dalam ruang privasi tersebut. Sanggup menjadi 'stalker' untuk menjahanamkan kerjaya dan reputasi aku. Hanya kerana ada tika dan waktunya aku 'beraku engkau' semasa berstatus. Adakalanya aku dianggap marah tak bertempat (oooo...aku tak boleh marah orang lain rupanya!). Sehinggakan aku tidak lagi dianggap sopan, maka aku mengambil keputusan untuk DIAM. Maka diam itu lebih baik. Aku mengalah bukan kerana kalah. Aku muak! Muak dengan sandiwara rakan sejawatan yang sakit hati apabila status yang aku 'update' mendapat perhatian dan komen yang pelbagai.

Begitulah hati manusia. Selagi ada titik hitam dalam sanubarinya selagi itu hidupnya walang! Aku begini adanya. Meneruskan catatan harian aku ke medium yang lebih mengujakan. Selain berblog di halaman sendiri aku bisa post lakaran kehidupan di Instrgram dan bertwit di laman Twitter. Yaaa...di situ lebih aman. Selamat tinggal FB dan rakan FB. Kutinggalkan kalian dengan jejak yang tidak terkesan. Wasalam.

Sunday, January 24, 2016

Aku

Mata editor tak pernah berdusta selagi dia tidak buta dan membuta. Tetapi telinganya bisa bertelingkah menidakkan dan mengendahkan [Azura Halid]

Diam Sekian Lama

Sekian lama menyepi diri daripada keriuhan berblog kini aku kembali menjalin semula aksara yang suatu ketika dulu menemani hari-hariku.

Izinkan aku Tuhan, menyandarkan baris-baris ayat yang lebih bermanfaat. Moga ruang ini menjadi medan terindah buat seorang Azura!

Selamat bertemu kembali blog dan bloger!