Kadar tol ke Port Dickson dari tol Skudai sepatutnya 33.60 sahaja. Tetapi PLUS (entah apa sengal) dah tolak sampai 54.20. Mujurlah kita ni pemandu yang sentiasa pandang skrin TnG. Disebabkan kereta belakang dah hon, tak sempatlah kita ni nak berlengah-lengah. Maka perjalanan pun diteruskan. Selesaikan semua tugas di PD, sampai JB semula dah malam. Jadi, tak sempat nak hubungi TnG CareLine.
Baru pagi tadi berjaya menembusi talian tersebut setelah hampir 10 kali mencuba. Talian terlalu sibuk. Sudahlah taliannya satu saja, tiada nombor alternatif. Kusabarkan jiwaaaa....
Tak perlu pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan semula baki 20.60 yang terlebih tolak tu. Sekadar berikan no siri, nama penuh, no kad pengenalan dan no akaun bank. Dalam tempoh dua minggu mereka akan masukkan semula amaun yang tertolak itu.
Sebagai pengguna yang sabar (sabarlah sangat!) kita akur dengan prosedur yang ditetapkan. Dua minggu pun dua minggulah. Mereka melayan pelanggan dengan penuh hemah. Sangat berbudi bahasa dan sopan, Tahniah! Memang mesra (terlebih mesra) dan memudahkan. Terima kasih TnG CareLine.
YANG TAK WAJAR
Yang tak wajar ialah, sepatutnya hal ini tak berlaku. Bukan sekali dua PLUS tolak amaun kad TnG dengan kadar yang salah, Kalau pemandu alert (mcm kita ni) bolehlah kita klaim balik. Kita rasa, ada pemandu yang tak perasan berapa jumlah kadar tol yang ditolak setiap kali mereka touch skrin TnG tu. Nama pun TOUCH AND GO, bukannya TOUCH, SEE AND GO. Berapa hontongggglah PLUS kalau dalam sehari 10 pemandu tak perasan kad mereka terlebih tolak? Bayangkan? Mahu jejak jotah..jotah...tu pasal PLUS kayo!
MAAFKAN KESILAPAN
Namun sebagai manusia, mesti kita ada perasaan kemanusiaan. Kita sangka baik sajalah. Mesin yang beroperasi tu mungkin tak sekolah. Tak faham bahasa. Nama pun mesin (walaupun dikendalikan oleh manusia). Jika berlaku kpd pemandu yang tak perasan atau tak alert, kita namakan ia sebagai 'bukan rezeki kaulah'. Tuhan nak bagi rezeki lain yang lebih besar (sangat sangka baik). Tapi pada zaman sekarang, dengan nilai ringgit yang tidak stabil, semua perkara ada harga. Bukan nak berkira, tetapi berkira-kira. Hidup mesti tahu HAK. Jangan ambil hak orang, mudah-mudahan orang tak ambil hak kita.
No comments:
Post a Comment