Face Book (FB) bukan lagi medan yang sesuai untuk orang seperti aku. Aku akui memang laman sosial tersebut jika dimanfaatkan akan mendatangkan faedah. Begitu juga jika didajalkan maka akan menjadi ruang untuk syaitan dan barisan pahlawannya berjimba-jimba.
Aku menjadi mangsa dalam keperibadian aku sendiri. Secara peribadi, laman itu aku anggap sebagai ruang peribadi aku yang aku garap dengan pelbagai rencah. Luahan hati dan minda sering kali aku luaskan pengaruhnya di FB. Analoginya bagai sebuah rumah milik persendirian. Kita berhak mendapat hak eksklusif di kediaman sendiri apatah lagi jika kita menjadi residen tetap! Asal sahaja kita tidak menceroboh hak dan meruntuhkan rumah orang lain itu sudah cukup bagus. Kita punya sukalah nak pakai apa pun di dalam rumah sendiri. Tak nak pakai apa-apa pun itu hak kita. Jika dianggap melanggar hak asasi manusia, mana aktanya? Apa hukumannya? Begitu jugalah FB. Akaun kita, suka hati kitalah. Malangnya ada pihak yang tidak bersetuju dan memandang sendeng keberadaan aku dalam ruang privasi tersebut. Sanggup menjadi 'stalker' untuk menjahanamkan kerjaya dan reputasi aku. Hanya kerana ada tika dan waktunya aku 'beraku engkau' semasa berstatus. Adakalanya aku dianggap marah tak bertempat (oooo...aku tak boleh marah orang lain rupanya!). Sehinggakan aku tidak lagi dianggap sopan, maka aku mengambil keputusan untuk DIAM. Maka diam itu lebih baik. Aku mengalah bukan kerana kalah. Aku muak! Muak dengan sandiwara rakan sejawatan yang sakit hati apabila status yang aku 'update' mendapat perhatian dan komen yang pelbagai.
Begitulah hati manusia. Selagi ada titik hitam dalam sanubarinya selagi itu hidupnya walang! Aku begini adanya. Meneruskan catatan harian aku ke medium yang lebih mengujakan. Selain berblog di halaman sendiri aku bisa post lakaran kehidupan di Instrgram dan bertwit di laman Twitter. Yaaa...di situ lebih aman. Selamat tinggal FB dan rakan FB. Kutinggalkan kalian dengan jejak yang tidak terkesan. Wasalam.
No comments:
Post a Comment