Pages

Monday, November 10, 2008

Apa Masalah dengan 1.2 Juta?


Semalam anakku Zafri menyatakan kepada ayahnya 'Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dapat 1.2 juta'. Sambungnya lagi...'boleh beli BMW cash!'. Ya, Zafri memang gila kereta. Apa sahaja yang dibualkannya akan bersangkut paut dengan kereta, atau komponen-komponen enjin kereta. Namun, bukan perihal Zafri yang nak aku coretkan di sini. Kisah Dr. SMS, angkasawan negara yang meraih 1.2 juta menjadi perbualan hangat. Sehinggakan anak aku yang berusia 7 tahun pun sibuk dengan gosip ini. Bila aku baca tajuk tentang 1.2 juta ini...aku hanya berkata sendirian...'itu pun nak kecoh?'. Biarlah Dr. SMS tu dapat 1.2 juta. Memang dia layak dan untuk apa dipertikai? Adik ipar aku (Dr. Zu) pun ada meluahkan...'biarlah dia dapat 1.2 juta...apa masalahnya?'.

Pada pandangan peribadi aku, tak ada salahnya Dr. SMS mendapat habuan sebegitu banyak. Beliau layak diberi imbuhan sebegitu besar kerana sumbangannya kepada masyarakat dan negara. Ceramah yang diberikan di merata-rata tempat dengan tujuan mempromosi sains angkasa lepas kepada belia, remaja dan masyarakat sangat tidak ternilai. Sekalipun beliau menafikan khabar angin itu, tidak salah kiranya perkara itu satu realiti. Mungkin itu rezeki beliau.

Kenapa segelintir masyarakat cuba mencari masalah dan membesarkan isu yang remeh seperti ini? Ada penyanyi tersohor tanah air yang dibayar sehingga RM8K untuk satu lagu. Ada sesiapa merungut? Ada sesiapa nak pertikai? Jika Dr. SMS meraih pendapatan berjuta-juta, sekurang-kurangnya beliau mampu memberi input yang berguna kepada orang ramai. Ilmu dan pengalamannya bukan semua orang ada. Apalah yang nak dikisahkan sangat? Sekurang-kurangnya juga, anak aku Zafri rasa teruja dengan pendapatan yang diperoleh Dr. SMS. Kepala otaknya berputar ligat, untuk mencapai impian menjadi seperti Dr. SMS. Moga Allah memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka yang berusaha. Amin.

1 comment:

Snow said...

Salam :)

Saya hormati Dr Sheikh. Cuma kalau begitu penilainnya, ramailah mereka yang mengorbankan diri untuk negara layak menerima 1.2 juta. Dr Jemilah layak menerima RM100,000 bagi setiap jam dia dikerah ke tempat memerlukan bantuan. Kenapa tidak?

Semalam saya tengok ayah Dr Sheikh di The Star. Baguslah jika dia tidak mengharap monetary reward.

Sebab, kalau semua pun nanti nak monetary reward... ntah lah. Jujur jika saya sendiri, jika ingin monetary reward - lebih baik jadi Dato Siti daripada Dr Jemilah. Dia kerja susah, kena tembak pula, x dapat anugerah setiap tahun berkali-kali ganda & RM30,000 sejam & wedding of the year & penghormatan luar biasa negara.

Semoga bahagia selalu.

Salam.