Pages

Monday, November 10, 2008

Warisan Diendah Budaya Indah



'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas', peribahasa yang paling tepat menggambarkan warisan nenek moyang yang tetap terpelihara dalam khazanah warisan bangsa. Warisan yang dipertahankan bukan semata-mata suatu seni persembahan, malah menjadi lambang kedaulatan bangsa. Jati diri bangsa akan terpamer dengan megah. Budaya bangsa yang unggul akan terus bertakhta dan disuburkan. Budaya sangat penting untuk memajukan dan membangunkan bangsa dan negara. Integrasi nasional akan menjadi padu jika kebudayaan dianggap milik bersama-sama.

Menyedari hakikat tersebut, budaya bangsa Malaysia hendaklah dihargai. Salah satu cabaran yang menjadi matlamat Wawasan 2020 ialah "...untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara". Dalam usaha mencapai negara maju, aspek kebudayaan nasional menjadi elemen yang terpenting kerana dapat menyatupadukan pelbagai bangsa.

1 comment:

Azhar Salleh said...

TERIMA KASIH AZURA KERANA MEMAPARKAN WAJAH KACAK LAGI JELITA DALAM BLOG AZURA! JANGAN-JANGAN SUDAH RAMAI ANAK DARA TERGODA! KENAPA TAK BERITAHU ADA BLOG? BOLEHLAH KITA KONGSI CERITA. OK, JUMPA LAGI. JANGAN LUPA ENDAHKAN WARISAN DAN INDAHKAN BUDAYA!