Pages

Friday, February 12, 2010

Besar Punyaaa!!!

"Suprise!!!!" suara Hadi bergema satu rumah. Anak-anak melompat-lompat kegirangan. Maria separuh menjerit. Mulutnya dikatup supaya tidak terus menjerit. Anak-anak memeluk Hadi. Sukanya bukan kepalang!

"Bestlah..bestlah...," Zaiqel, si anak sulung, meluru ke arah TV Plasma 50' yang baru dibeli Hadi.

"Bila sampai benda ni?" tanya Maria separuh keliru. Setahunya dia belum lagi menyetujui cadangan Hadi untuk membeli televisyen baru. Bukan kerana tidak menyokong usul Hadi, cuma dia tidak mahu wang simpanan mereka dihabiskan untuk material semata-mata.

"Nak tunggu awak istiharah...alamat tak merasalah kita TV baru!" ujar Hadi tanpa menjawab soalan Maria. "Lepas ni, jangan mintak tengok wayang lagi. Semuanya ayah dah sediakan di rumah. Puas hati? Atau...kau orang semua nak yang lebih besar lagi?" anak-anak ketawa kecil mendengar sindiran si ayah.

"Yeehhh!!! Besaaarrr punyaaa!" si adik melompat-lompat. "Kenapa ayah beli TV besar?" tanyanya pula.

"Sebab...ayah dah malas nak dengar ibu berleter...sakit mata tv keciklah, warna tak bright laaa, tv berjerubulah...nak tv lekat kat dindinglah. Ni hah..ambik!" mereka tergelak sakan mendengar Hadi menyindir Maria. Cukuplah sekali ini mereka merasai televisyen yang amat selesa untuk tontonan seisi keluarga. Akhirnya hajat hati Maria untuk membeli televisyen yang melekat di dinding tercapai jua!

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Pn. Maria,
Apa jenis jenama TV LCD 50 inci itu? Kita ada juga TV LCD sebegitu sejak pertengahan tahun 2006 (ketika bermulanya Piala Dunia 2006, kini sudah hendak Piala Dunia 2010 Jun nanti) tapi cuma 32 inci sahaja... masih belum sempat hendak lekat pada dinding kerana rumah ofis ini penuh anai-anai serta banyak benar pantang larangnya serta ramai yang suka 'menceroboh' tapi tiada tindakan... hehehe....
Apa-apapun pasti anak Pn. Maria semakin ghairah menekan butang alat kawalan jauh TV ke rangkaian Astro 611 hingga 616 nanti...?

Citra Wangsa said...

Sdr. RAR,
seumur hidup...baru inilah nak merasa TV besarrr punyaa!PN50'B860-Samsung. TV belum sempat melekat kat dinding, anak2 dah melekat kat TV!Skrg ni, bukan air saja dicatu, karen letrik pun nak kena catu!

Kalau rumah ofis byk pantang larang, beralih saja ke Bandar Dato' Onn...atau Setia Tropika...hehehee

Melihat Kesunyataan said...

Azura,
Dapat yang besar, masalahnya pun besar hehe...saya ingatkan apa,'Besar punya!' rupa-rupanya Tv plasma.

Wahyu Budiwa Rendra said...

kak zura. oh, ini yang saspen hari tu ye? he.he.