Pages

Thursday, February 18, 2010

Leteran Maria...

"Aku bukan marah sangat fasal kereta aku dilanggar!" suara Maria sedikit kuat kerana melawan suara kenderaan yang lalu lalang. Temannya di hujung talian melayan rungutan Maria dengan sabar. Sesabar-sabarnya!

"Nyonya ni pun dah janji nak tanggung semua kos. Butir diri dia pun aku dah ambil," nafas ditarik dalam-dalam. Wajah wanita tua di sebelahnya dikerling sekejap-sekejap.

"Yang aku angin sangat...fasal, nyonya ni...haram sepatah bahasa Melayu pun dia tak faham! Aku ni mati-mati ingat dia ketakutan sebab langgar kereta aku. Rupa-rupanya, dia cakap 'sorry, amoi... I can not speak Malay,'," geram Maria bukan kepalang. Temannya di hujung talian tergelak sakan mendengar leteran Maria, apatah lagi apabila mendengar ajukkan Maria.

"Aku pun, dengan confidentnya speaking lah...terpaksalah cakap orang putih! Terkebil-kebil pulak nyonya tu. Dengan muka sedih, dia panggil seorang budak lelaki, suruh terjemahkan apa yang aku cakap! Aku sangkakan aku cakap laju sangat, rupa-rupanya dia tak faham butir bicara aku!" teman Maria tidak henti-henti ketawa.

"Aku pelik tengok nyonya ni...pakai Mercedes C 200, cakap Melayu tak faham, cakap Inggeris tak pandai! Aku yang kena langgar, aku yang solve the problem. Mujurlah dia bertanggungjawab. Kalau tak...eemmm...see you in court!" Maria mengakhiri perbualan tersebut dengan suhu bahan yang semakin menurun. Angin sepoi-sepoi sedikit sebanyak menyejukkan hatinya yang sedang hangat. Dia berterima kasih juga kepada Nana temannya yang sudi mendengar bebelannya. Sekurang-kurangnya bebelan itu tidak dibawa ke pejabat dan ke rumah.

Tahun harimau memang kena garang lebih! Jangan sampai diinjak-injak. Maria mengingatkan dirinya sendiri.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Pn. Maria,
Tertarik dengan kata-kata... "Kalau tak...eemmm...see you in court!" Namun 'court' boleh diharapkah adilnya kini? maksudnya 'Court Mammoth' Hehehe...

Citra Wangsa said...

hahaha...ikut skrip klise drama Melayu!

Melihat Kesunyataan said...

Kisah 1 Malaysia. Masih ramai yang tak pandai berbahasa Melayu, kerana bagi mereka ...tak payah cakaplah nanti macam perkauman pula.

Azhar Salleh said...

Salam MARIA,
Bukan perkara asing lagi luar biasa; rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu! Tarik je status warganegara tu...