Pages

Monday, February 1, 2010

Bengkel Punya Hal

"Ayah mana?"
"Bengkel," Zaiqel menjawab sepatah. Basikal yang dikayuh laju, berhenti perlahan-lahan di hadapan rumah jiran selang sebuah dari rumahnya. Encik Nazri sibuk mencuci kereta. Anak-anaknya yang lain bersiap sedia mengeluarkan basikal masing-masing untuk menuruti Zaiqel.

"Ibu mana?" isteri Encik Nazri menyampuk.
"Bengkel," jawabnya sepatah juga.

"Siapa ada di rumah?"
"Kosong. Saya tinggal seorang hari ni,"

"Adik-adik mana?"
"Adik baby ibu hantar ke nursery. Adik Kakak ke bengkel juga,"

"Aik??? Sampai tiga orang ikut ayah ke bengkel?"
"Taklah. Ayah hantar kereta servis kat bengkel. Ibu pergi bengkel make up-make up. Adik pergi bengkel motivasi kat sekolah,"

"Laaaa....banyaknyaaa bengkel...," Encik Nazri mengerutkan mukanya.

"Zaiqel tanya ibu, nak join tak bengkel mak cik?"
"Bengkel apa pulak?"
"Bengkel gubahan pengantin...,"
"Oooo...mesti ibu suka! Nanti ibu balik, saya sampaikan. Bab-bab bengkel ni, memang ibu terror. Kerja ibu pun banyak bengkel-bengkel. Bengkel tulis bukulah, bengkel buat rencanalah, bengkel bina penulislah...Macam-macam lagi bengkel...,"

Zaiqel meninggalkan rumah jiran selang sebuah itu dengan kayuhan ligatnya...seligat kepalanya yang berfikir...betapa banyaknya bengkel dalam dunia ni...

2 comments:

Azhar Salleh said...

Salam MARIA,
Menarik entri ini. Bengkel yang terlalu banyak maksud. Perlu dibengkelkan suatu perbengkelan untuk mencari makna bengkel...
Kutipan Kamus Dewan
bengkel (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;

berbengkel mengadakan bengkel (perbincangan berkelompok);

membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok;

perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel.

Citra Wangsa said...

Terima kasih Cikgu,
Maklumat yang sangat berguna!