Pages

Saturday, September 27, 2014

Falsafah Sahabat

Sebuah persahabatan lebih bernilai daripada sebuah percintaan. Namun, putus cinta lebih sakit daripada putus sahabat. Tetapi, hilang sahabat lebih merana drpd hilang cinta.

-Citra Wangsa-

Thursday, September 25, 2014

Memaafkan mudah...melupakan tidak

Tak pernah seumur hidup, aku menyimpan dendam atau marah terhadap sesiapa. Kalau marahkan seseorang paling lama pun aku marah 24 jam pertama. 24 jam kedua dan seterusnya aku redha...memaafkannya lebih baik biar pun tiada permohonan maaf dibuat.
Tiada pernah berdendam dgn sesiapa sbb aku tak suka bermusuh. Tak pernah membenci makhluk Tuhan biarpun mereka membuat aku meluat dan berkecil hati. Ada masa-masa tertentu aku simpan hati yang tersinggung. Makan dalam...lebih baik drpd makan luar. Kalau aku berkecil hati...aku lebih suka diam. Perlukah aku cakap supaya perkara yg sama tak berulang lagi? Tak perlu! Sebab masing-masing boleh fikir secara rasional. Kalau selama ini seorang kawan itu boleh berkongsi suka duka dan hilai tawa dgn kita dan pernah menjadi orang kepercayaan kita...haruskah nilai persahabatan itu terlerai hanya kerana hati yang tersinggung? Inilah yg dinamakan soal hati. Ia terzahir dgn sendirinya.

Aku...dah lama memaafkan. Tetapi...bukan mudah untuk melupakan. Apatah lagi apabila ia membabitkan air muka - maruah dan harga diri.

Sunday, September 21, 2014

Kesibukan Melampau

Tak dapat nak lepaskan lelah yang semakin mendesak. Kerja bertimbun-timbun. Lepas satu..satu... masa untuk berkarya semakin terhad. Waktu bersosial dengan keluarga juga terbatas. waktu untuk berjimba-jimba dengan sahabat taulan juga semakin tersepit. Mahu tak mahu pertemuan keluarga dan sahabat handai sekadar di lama sosial. Kalau tidak di Facebook pastilah di laman Whatsapps dan Telegram.

Zaman semakin berubah. Kesibukan mengejar kehendak duniawi semakin mencabar. Waktu senggang jarang sekali digunakan untuk bermunajat kerana sering kali keletihan diubati dengan tidur. Entahlah...kadang-kadang masa yang Tuhan kurniakan macam tak cukup tapi sebenarnya aku yang gagal membahagikan masa dengan tekun dan pintar. Ah, mausia...tak pernah mahu bersyukur.


Thursday, September 18, 2014

Seorang Tua

Seorang tua...hampir lupus tarikh hayatnya, tetap tegak gempita menghimpit peranti budak remaja.
Dia lupa atau mungkin sengaja mencari helah tidak menghadap Tuhannya. Bukan semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas, tapi sekian lama berbelas tahun kunikmati lengkuk kudratnya yang masih lengah dan malas menjengok Penciptanya.

Seorang tua...mungkin alpa dan lalai menghabisi masa dengan kalimah suci Ilahi. Jauh daripada solat malam dan zikir munajat. Jauh daripada tafsir sebuah kitab mukjizat!

Seorang tua...jasanya terlalu sarat. Berbakti pada tanah moga kembalinya ke alam sana diberkati tanah itu. memperhamba diri untuk anak cucu, semoga didoai mereka ketika keruh nafasnya tidak kedengaran lagi.

Tuhan, hidayah itu milikmu, aku tahu. Namun, bisakah hidayah itu terlempar jauh daripada seorang tua? Kirimkanlah hidayah-Mu, Tuhan. Moga ada bekalan untuknya Kau apungkan pada hari-hari terakhir seorang tua.

Aku juga akan tua. Mengingati seorang tua, mengingati diriku sendiri.

Wednesday, September 17, 2014

Jatuh

Jatuh di mana-mana pun sama. Jatuh tangga di Malaysia dengan jatuh tangga di Jerman, sakitnya tetap sama. Jatuh tersungkur di New Zealand dengan jatuh tersungkur di New York sakitnya tetap sama. Sebab daya tarikan graviti seluruh dunia adalah sama. Walaupun magnitudnya berlainan.

Yang tak sama apabila jatuh cinta. Jatuh cinta kali pertama dengan jatuh cinta kali kedua mana mungkin sama. Sebab cinta pandang pertama dgn cinta sekilas pandang masakan dapat bersatu!

Tuesday, September 16, 2014

Cinta Seorang Sea Write Award

Baru-baru ini aku bertemu seorang sasterawan pemenang Sea Write Award. Beliau terkenal dgn karya-karyanya yang bermutu tinggi. Belum pernah ada pengkaji yang menyangkal karyanya tidak bagus.

Dalam pertemuan itu kami bercakap tentang karya tempatan, terutamanya karya penulis baharu. Aku sgt jengkel dgn pendapatnya tentang karya berunsur cinta yg baginya agak murahan!

Maaf cakap tuan, tuan memandang nilai cinta itu sebagai satu pandangan saja. Saya memandang cinta itu penuh dengan nilai kasih sayang anugerah Allah yg tak ternilai! Cinta bkn antara seorang lelaki dgn seorang wanita. Cinta bukan utk pasangan yg sedang berkasih sayang. Cinta itu tafsirannya luas dan universal. Tuan sasterawan yg budiman, saya pencinta karya berunsur cinta. Saya suka kisah Laila Majnun, Romeo and Juliet, Antara Dua Darjat, Kuch Kuch Hota Hey, Sanggam, Preety Woman, Titanic, Ayat- ayat Cinta, Tenggelamnya Kapal Van de Vick dan kisah cinta klasik. Cinta sesama makhluk, cinta terhadap alam sekitar, cinta manusia dgn Penciptanya dan sebagainya.

Tuan yg budiman, sebagai sasterawan tuan gagal memandang cinta itu dgn pandangan spt lampu suluh yang disuluh pada satu arah tetapi terangnya boleh nampak sehingga ke pelosok dunia! Maafkan saya tuan! Sehingga bertemu lagi!

Aku luahkan perasaan tak puas hati ini di sini kerana ini pandangan peribadi aku. Memang tak terluah apa yg aku nak cakap ini di hadapannya. Bkn kerana aku takut bersuara cuma aku menghormatinya sebagai orang yg lebih banyak pengalaman dan pengkarya tegar yg sentiasa berfikir yg terbaik utk pembaca alirannya. Waallahualam.

Monday, September 15, 2014

Drebar Bas Nak Jadi Tuhan

Etgar Keret merupakan penulis Tel Aviv yang mempunyai ideologi aliran kiri. Kumpulan cerpennya yg berjudul Drebar Bas Nak Jadi Tuhan aku beli semasa Festival Writers and Readers. Buku asal dalam bahasa Israel adalah mustahil utk aku fahami. Buku tsb merupakan best seller di seantero bumi dgn terjemahan lebih 30 bahasa!

Cerpen ini mengisahkan ttg seorang pemandu bas yg sgt menepati masa. Dia tidak akan menundakan perjalanannya walaupun seminit! Byk kali berlaku penumpang terkejar-kejar basnya krn lewat seminit. Namun pemandu bas tsb tetap tidak akan membuka pintu utk penumpang yg lambat. Alasannya mudah; jika dia memberi peluang kpd penumpang yg lambat itu dia akan mengecewakan dan membazir masa penumpang yg menepati masa yg telah terlebih dahulu berada dlm bas yg jumlahnya bkb seorang dua malahan hampir 30 orang.

Suatu hari dia terfikir utk menjadi Tuhan. Dan impian itu dia semat dalam hati utk menjadi Tuhan yang maha penyayang. Jika dia menjadi Tuhan yg maha penyayang sudah tentu dia terpaksa mengorbankan prinsip menepati masanya sbg pemandu bas yg terkenal dgn sikap tidak membuka pintu bas walaupun penumpangnya lewat seminit. Dan akhirnya dia mengalah dgn prinsipnya setelah dia berfikiran spt Tuhan yg maha penyayang.

Sunday, September 14, 2014

Mahakarya Cinta

Sekadar meminjam tajuk lagu Faizal Tahir, aku teringat bicara cinta seorang teman yg masih belum berpunya meski pun usianya menjangkau 40-an.

Cinta itu sangat subjektif sifatnya. Daripada sekecil-kecil cincin pengikat kasih sehinggalah kepada sebesar-besar mahligai cinta!

Ada orang sanggup mati kerana cinta. Shah Jahan membina Taj Mahal sbg lambang cintanya. Brat Pit sanggup menjaga Angelina Jolie yang sakit kerana cinta. Betapa cinta itu universal! Unik! Jangan cakap tentang falsafah cinta kalau diri sendiri tidak pernah bercinta dan gagal dalam percintaan. Selagi manusia itu bernyawa selagi itu dirinya berhak dicintai dan mencintai. Unik!

Yang pasti cinta kpd Yang Maha Pencipta akan abadi selamanya. Daripada-Nya kita dtg kepada-Nya kita kembali. Salam perkasihan.

Kasih yang Hilang, Cinta Terbentang

Ada kasih yang hilang
Muncul dalam terang
Ada cinta terbentang
Hilang dalam sayup bintang

Saturday, September 13, 2014

Buku di Lubuk Hati Paling Dalam

Nak kata tak ada bajet...ada laaa sikit- sikit. Nak kata bajet besar sangat tu tidaklah. Nafsu kalau tengok buku...ya Tuhaannnn...gila, sasau, sewel semua menerjah sekali gus! Dalam kata tak ada bajet...tak cukup modal...aahhhh...akhirnya terbang juga beratus-ratus memenuhi kehendak dan naluri diri dan anak-anak.

Bukan senang nak jumpa buku indie. Orang kata buku indie buku jalanan dan serpihan. Bagi aku, buku tetap buku walau apa pun genre yang diketengahkan. Buku sastera yg tinggi nilai estetika dan falsafahnya bukan semua pembaca faham dan suka. Buku eceran dan popular melambak-lambak sampai aku rasa tak ada nilai walaupun ia mempunyai daya tarikan tersendiri. Buku indie sekarang semakin dicari dan diminati. Bahasanya santai dan mudah difahami. Bukan sahaja bersifat tempatan malahan universal. Aku percaya buku indie ada penggemar dan kelas tersendiri. Jangan pandang sebelah mata! Penulis buku indie juga ada maruah yang wajar dipelihara kerana idea mereka nampak karut tapi sebenarnya di luar kotak pemikiran biasa.

Thursday, September 4, 2014

Jangan Menyusahkan Orang

Hidup jangan menyusahkan orang lain. Kalau kita permudahkan orang lain, insya Allah Tuhan permudahkan jalan kita.

Kita hidup bukan untuk diri sendiri. Hidup bermasyarakat maka wajarlah kita tangani masalah sosial dengan fikiran yang waras. Bukan bertindak mengikut emosi.

Hidup jangan suka berpura-pura dan bermuka-muka. Itu talam namanya. Jauhkanlah diri drpd talam!

Tuesday, September 2, 2014

Buku Sebagai Medium Utama Ilmu

Menurut Kamus Oxford buku ialah a portable written or printed treatise, filing a number of sheets, fastened together. Kamus Webster pula mendefinisikannya sebagai a set of written, printed or blank sheets bound together into a volume. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengklasifikasikan buku sebagai lembaran kertas bercetak yang dijilidkan, mempunyai kulit (yang berbeza kertas dengan kertas teks) dan mempunyai lebih daripada 49 halaman. Baru-baru ini, UNESCO telah menambah definisi buku, iaitu dicetak sekurang-kurangnya 50 naskhah dan terbuka untuk jualan (tapi bagi saya, naskhah yang tidak dijual juga adalah buku jika lengkap fizikalnya sebagai sebuah buku).
            Apa pun takrifan buku, ia tetap diberi perhatian masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan. Sehingga dunia mengiktiraf 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku Sedunia. Dan buku sering kali dikaitkan dengan budaya dan amalan membaca. Di Malaysia senario menunggu sambil membaca belum diterapkan sepenuhnya dalam jiwa masyarakat. Membaca di dalam pengangkutan awam juga sangat jarang dilakukan. Lebih memburukkan keadaan, tiada rak buku disediakan di rumah. Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan amalan membaca rakyat Malaysia meningkat pada setiap tahun. Mungkin juga tahap keterbacaan ini bergantung pada pendapatan isi rumah. Peruntukan untuk membeli dan membaca buku sangat terbatas. Perpustakaan awam pula tidak menyediakan bahan bacaan terkini untuk pengunjung, sedangkan itulah yang mereka perlukan apabila berkunjung ke perpustakaan.
            Sebenarnya buku telah menjadi medium komunikasi massa kepada manusia sejak lebih 5000 tahun yang lalu. Apabila mesin cetak diperkenal, maka bermulalah zaman perkembangan buku. Ia mempunyai hubungan rapat dengan kebudayaan masyarakat awal Mesir purba, Mesopotamia, China dan kerajaan Rom dan Byzantine. Kegiatan persuratan pada zaman Mesir purba jelas menunjukkan penggunaan pokok papirus sebagai kertas yang digunakan untuk membuat buku. Apabila zaman semakin berkembang, manusia menjadikan kulit binatang sebagai kertas untuk menghasilkan buku. Sehinggalah pada zaman empayar Rom, kertas codex pula diperkenal secara meluas bagi menggantikan papirus dan kulit binatang. Jelas, betapa pentingnya buku!
            Amalan membaca buku wajar diterapkan seawal usia kanak-kanak. Biarpun pada peringkat itu mereka baru mengenal huruf, usaha tersebut perlu diteruskan bagi memupuk kecintaan terhadap buku dan budaya membaca. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting bagi menggalakkan anak-anak membaca kerana hanya dengan membaca buku kita beroleh ilmu dan maklumat yang konsisten dan dipercayai. Kita boleh sahaja mencari ilmu dan maklumat dengan melayari internet, namun sejauh mana kesahihannya masih boleh dipertikai.

            Suatu ketika dahulu seorang sarjana barat, iaitu Marshall McLuhan pernah meramalkan yang buku akan ‘mati’ apabila kecanggihan internet semakin berleluasa. Namun, sehingga kini ramalan McLuhan itu belum menampakkan sebarang tanda sedangkan McLuhan sendiri telah lama mati.


Monday, September 1, 2014

Ketawa

Kata orang ketawa itu penawar segala kedukaan, sekalipun ketawa itu dibuat-buat. jangankan ketawa, senyuman pun bisa meleraikan kekusutan. 

Semasa menjalani ujian Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebaik tamat universiti dulu, aku diarah membuat 'public speaking' dengan judul 'Ketawa'. Ingat senang??? Nak menulis boleh tahan lagilah. nak 'korek' idea tentang ketawa bukan boleh tulis sebarangan. Maklumlah masa tu kononya dah level PTD. Memang ketawa, gelak, dan yang seangkatan dengannya merupakan petua awet muda, penawar gelisah dan sakit jiwa. Tapi kalau terlebih ketawa, nanti orang kata gila pula.

Pagi tadi semasa sarapan bersama-sama rakan-rakan sekerja, kami ketawakan orang lain. Ini bukan berniat jahat, sekadar menyindir tindaknnya yang bodoh memperbodohkan orang lain. Memang jadi bahan ketawalah jawabnya. Memang seronok ketawakan orang...katawakan kebodohan orang lain. Moga jadi iktibar pada diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yg bodoh yang boleh buat orang ketawakan kita. 

Hikmah
Percaya atau tidak, apabila kita ketawa sekurang-kurangnya ia boleh menghilangkan tekanan (stres). Ketawa juga berperanan sebagai senaman muka! Tuuu diaaa...manalah tak awet muda bagi mereka yang suka ketawa ni...Selain menguatkan otot-otot wajah ia juga mampu membangkitkan aura positif. Sebab itulah apabila saya dimarahi bos di pejabat, saya lebih suka senyum dan ketawa. Lepas tu...baru 'smash' habis-habisan! Hambeekkk kaawww!!! Ketawakan dia dulu yang berapi-api marah kita, lepas tu keluarkan apa yang terbuku dalam hati! Itu lebih 'sopan' berbanding kita melawan cakap dia. Tapi ketawa ada hadnya. Ketawa yang berlebih-lebihkan boleh mematikan jiwa dan hati. Jadi, jangan ketawa tak bertempat!