Pages

Friday, September 26, 2008

Rumah Baru

Dalam kesibukan menyediakan kelengkapan menyambut hari raya Aidilfitri, aku tak terlepas memikirkan tentang hiasan dalaman rumah baru. Banyak juga wang dilaburkan untuk ubah suai rumah baru, apatah lagi dengan hiasan dalamannya. Pening juga kepala apabila memikirkan konsepnya. Mahu tak pening, mungkin kerana citarasa aku dan suami kadang kala bercanggah. Tapi aku ambil keputusan untuk mendengar katanya. Mana yang elok baginya, eloklah bagi aku.

Ruang di bawah tangga, aku cadangkan untuk meletakkan rak buku dan boleh dijadikan sudut bacaan. Segera suami mengeluh...'buku...buku...buku...Macam tak ada aset lain yang boleh diketengahkan!' Hehehhee...'Ok pee..buku'. Suami kata, di office aku dikelilingi buku, bertugas hari-hari menghadap buku, tak kan rumah pun nak dijadikan gedung buku? Salah memang tak salah...tapi rumah akan nampak 'ilmiah'. Buku juga sebenarnya 'perangkap habuk'. Ahhh...peningnya nak fikir. Eric Leong kalau datang rumah aku, mesti dia pun pening jugak!

Satu perkara lagi, aku ni paling tak suka pada bunga. Baik bunga hidup mahupun bunga mati. Maka, rumah ini juga gagal aku hiasi dengan bunga. Sampaikan corak langsir pun tak berbunga! Tapi...sesekali aku teruja juga bila suami bagi aku bunga...

2 comments:

Halil Ali said...

Saya baru saja selesai renovate rumah. Apa yang puan katakan, sememangnya dipersetujui. Cuma, kali ini, saya lebih banyak mengalah kepada isteri saya. Hmm...cuma kadang-kadang tu, akhirnya saya menerima, pilihannya pada kebanyakan masa adalah baik. So now, I have little complaint, except that, duitnya habis tak terdaya nak di stop-stop....

Citra Wangsa said...

Memang betul...Duitnya habis tak terdaya nak di stop-stop... Bila dihitung-hitung semula, rumah yang berharga 200K...mencecah jutaan ringgit apabila diubah suai. Mujurlah suami tak beli rumah corner lot! Kalau taaakkkk...lagi haru-biru dibuatnya!