Pages

Sunday, December 28, 2008

I'm Really Bored!

Semakin lama bercuti semakin membosankan. Mengikut pekeliling kerajaan, wanita yang bekerja diberi cuti bersalin selama 60 hari. Dan, hanya untuk lima kali cuti bersalin. 60 hari! 60 hari terlalu panjang dan lamaaaaa.... Sepanjang 60 hari sekadar menghadap wajah si comel (terutamanya bagi yang menyusu badan macam aku), melaksanakan kerja-kerja rumah (macam suri rumah tangga sepenuh masa), lebih banyak masa dihabiskan di rumah, menonton rancangan kegemaran (kadang-kadang sampai tiga empat kali repeat!), melayari internet (sehingga menjemukan!)...aduhaiii...!

Baru-baru ini ada ura-ura kerajaan hendak menambah cuti bersalin menjadi 80 hari!!! Aaaggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! (perlukah? wajarkah?). Suamiku kata, kalau cuti bersalin ini diluluskan...aku akan dihamilkan lagi!!!! Aduhaiii...

4 comments:

Azhar Salleh said...

Kalau cuti bersalin dilanjutkan lagi, nampaknya bukan Azura sahaja akan dihamilkan lagi, mungkin isteri saya pun akan menerima nasib yang sama! Kalau boring kat rumah tu, tulislah apa-apa artikel untuk dimuatkan dalam majalah DBP, tentu menjadi sumber pendapatan tambahan, ye tak?

Citra Wangsa said...

Menulis memerlukan kekuatan mental. Insya-Allah...

Shahira said...

wah, seronoknya kalau zura nak hasilkan sebuah novelll.. sha lah orang pertama meluru minta autograph hik hik hik... buat arr novel..

Adeii cepatla zura balik opis.. rindu arrr

Citra Wangsa said...

Sha,cerpen pun aku masih terkial-kial...ni kan pulak nak tulis novel. Kaulah tulis, biar aku jadi tukang adjust! Tu kan memang kerja aku...Amacam?