Pages

Monday, December 22, 2008

Ubat Nabi

Ubat Nabi menrupakan sejenis serbuk seakan-akan garam halus dan seakan-akan tepung yang diimport dari Beijing. Ubat Nabi melalui proses pembuatan yang berjam-jam (disangai terlebih dahulu) sebelum dijadikan ubat. Ubat Nabi terbukti berkesan (dengan izin-Nya) untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan urat, sendi, dan saraf termasuk penyakit angin ahmar.

Berubat dengan Ubat Nabi memerlukan kemahiran dan doa-doa tertentu. Kepada teman-teman yang ingin mencubanya bolehlah menghubungi Mak Neng di talian 019-7545696. Buatlah temu janji terlebih dahulu, kerana Mak Neng biasanya sibuk ke sana ke mari untuk mengubati orang sakit strok dan mengurut orang lepas bersalin. Mak Neng tinggal di kawasan perumahan Taman Sinaran Kempas (berdekatan dengan Taman Setia Tropika). Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat Mak Neng, perlulah mengambil dan menghantarnya semula di rumah, kerana Mak Neng tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Bayaran bagi urut ibu bersalin ialah RM45.00. Urut biasa (yang tidak berpenyakit berat) RM35.00. Set ubat wanita bersalin RM200.00. Urut sakit angin ahmar/strok RM150.00 (untuk satu badan).

Seorang teman baik suami saya pernah terlantar tenat kerana angin ahmar. Beberapa hari berumah di hospital dan akhirnya diarah pulang kerana pihak hospital tidak dapat memulihkannya. Sebelum penyakit tersebut menular ke bahagian-bahagian lain, isterinya telah memanggil Mak Neng untuk mengubati suaminya. Beliau menggunakan Ubat Nabi untuk mengurut bahagian yang sakit (suaminya strok sebelah badan). Alhamdulillah, dengan izin Allah usaha beliau mendatangkan hasil setelah 5 kali berurut. Kini suaminya tidak lagi menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Sudah boleh bercakap, makan, dan berjalan seperti manusia normal.

Saya sendiri telah menggunakan Ubat Nabi semasa berurut lepas bersalin, kerana sakit pinggang dan bengkak payudara (kerana liang susu tersumbat sehingga menyebabkan susu badan tidak dapat mengalir keluar dengan sempurna). Sebaik sahaja menggunakan Ubat Nabi, alhamdulillah keesokan harinya pinggang saya tidak lagi sakit, lebih cergas bergerak walaupun masih dalam pantang dan payudara kembali normal sehingga susu badan dapat dinikmati setiap hari oleh bayi saya.

Kepada teman-teman yang ingin mencubanya, saya sangat mengalu-alukannya kerana usaha dan doa itu di tangan kita. Kita berusaha dan hanya Allah yang memulihkannya. Usahalah berubat demi kesihatan kita dan insan-insan tersayang.

1 comment:

Azhar Salleh said...

Terima kasih atas info ini. Saya akan cuba menghubungi mak cik tersebut dan akan mendapatkan ubat nabi ini.