Pages

Friday, January 16, 2009

Bicara Herba: Daun Sambung Nyawa

Masyarakat Melayu menggelarnya sebagai pokok/daun sambung nyawa. Saya tidak pasti apa nama saintifiknya. Apa pun namanya, daun ini sangat mujarab sebagai penawar penyakit darah tinggi.

Pokok ini susah diperoleh di pasar-pasar (sama ada pasar basah atau pasar kering). Namun pokok sambung nyawa ini ada ditanam di rumah saya (sememangnya banyak pokok herba di sekitar rumah). Daun sambung nyawa ini tidak pahit dan tidak meloyakan. Sedap dimakan dan dibuat ulam dengan nasi panas.

Saya mengenalinya melalui seorang profesor dari KUITHO (kini universiti) iaitu Prof. Dr. Md. Dan yang sering membawanya ke mana-mana sahaja, setiap kali menjamu selera termasuk jika beliau makan di hotel-hotel lima bintang. Daun sambung nyawa ini beliau jadikan 'ratahan' sekalipun tidak dimakan dengan nasi. Menurut beliau, penyakit hipertensinya semakin berkurangan sejak mengamalkannya. Beliau enggan memakan ubat darah tinggi yang diberikan oleh pihak hospital, kerana menurut beliau, ubat darah tinggi tersebut boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi lain seperti lemah tenaga batin. Jadi, awas para pengidap penyakit darah tinggi yang mengamalkan ubat-ubat moden yang mengandungi bahan kimia.

Beliau telah menyerahkan dua helai daun sambung nyawa kepada saya. Satu saya makan (saja nak rasa) dan satu lagi saya tanam. Daun tersebut sangat mudah ditanam dan mudah tumbuh subur dan susah pula hendak mati sekalipun tidak disiram atau dibajai. Tumbuhnya melata!

Sesiapa yang ingin mencubanya, boleh dapatkannya daripada saya!

3 comments:

Azhar Salleh said...

Bila-bila ada kesempatan berjumpa Azura di DBP, bawa daun sambung nyawa itu kerana saya nak rasa dan tanam! Saya dan isteri memang penggemar daun herba! Sebab itu kami perkasa (ehem!)...
Dan satu lagi, untuk makluman Azura, seorang rakan saya telah berjumpa dan berubat dengan Mak Neng kerana hampir menjadi strok. Saya berikan nombor telefon yang Azura beri itu dan mereka telah berubat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kawan saya semakin baik. Pipinya yang tidak dapat bergerak telah dapat bergerak-gerak semula. Terima kasih Azura. Usaha Azura telah membantu orang lain yang perlukan bantuan. Hanya Allah yang akan membalasnya.

Citra Wangsa said...

Insya-Allah saya akan berikan daun sambung nyawa tu. Kalau masyarakat Barat berdiet dengan salad, kita org Melayu patut juga berdiet dengan ulam. Kalau nak tanam, lebih baik tanam di tanah. Kalau tanam dalam pasu, takut2 tak cukup tanah (sbb daun ni cepat membiak dan senang hidup).

Alhamdulillah, kawan cikgu semakin beransur pulih. Cikgu patut bawa ayah cikgu yang sakit tu secepat mungkin. Mak Neng tak akan menolak!

Azhar Salleh said...

Salam Azura,
Saya memang berkeinginan sangat untuk membawa ayah saya ke sini. Tapi faktor jarak yang jauh agak menyulitkan juga. Insya-Allah, saya akan fikirkan caranya agar ayah saya dapat diubati oleh Mak Neng. Terima kasih, Azura.