Pages

Saturday, January 10, 2009

Kembali Seperti Sedia Kala

Kalau ikut tradisi orang Melayu, aku telah dianggap 'habis pantang'. Genap 44 hari aku melalui tempoh berpantang. Kini aku kembali seperti sedia kala. Namun masih lagi menjaga beberapa perkara terutamanya soal permakanan kerana bayiku masih lagi menyusu badan.

Sebaik sahaja habis pantang, perkara pertama yang aku lakukan ialah, mencuba jeans kesayanganku! Jeans yang aku beli semasa aku di tahun pertama di kampus USM. Siapa sangka, jeans tersebut yang sudah lusuh...masih boleh disarungkan! Aaahh!! Pasti ada yang terkejut! Yeesss! Jeans tersebut masih boleh dilaramkan sekalipun tidak secantik jeans-jeans yang lain. Ini bermakna, berat badan aku masih seperti dulu...Jeans yang berusia 10 tahun masih boleh digayakan! Sungguh menyeronokan.

Perkara kedua yang aku lakukan ialah, menikmati aiskrim kegemaranku! Apalah ertinya hidup tanpa aiskrim? Puas aku menahan diri daripada menikmati hidangan aiskrim sepanjang tempoh berpantang. Kini aku puas menikmatinya! Sampai tak ingat pesan mak bidan...'jangan makan makanan sejuk...' (bukan aku tak ingat, sajaaa..buat-buat tak ingat!). Sudah lama aku mengidam aiskrim jenama N yang sering mengisi ruang peti sejuk di rumah. Orang lain sedap-sedap melahap, aku telan air liur sahaja (maklumlah...takut betul melanggar pantang!). Kini semuanya telah berakhir....nikmatnya aiskrim!

2 comments:

Aida Salleh said...

ko lupe satu benda lah zura...perkara ketiga yg perlu ko lakukan sekarang adalah STUDY nak exams bulan feb kan...tapi kalau ko tak nak study pun takpe biar aku pass dulu...hehehehheee....

Citra Wangsa said...

Waaa..wa..waaa..janganlah langgar bendul! Kata nak naik pangkat sama-sama... mana boleh ko pass aku fail! Tak aci lah! Apa kata kita buat study group??? Hehehe..macam beso beno exam tu kan???