Pages

Monday, January 5, 2009

Kembali ke Sekolah


Hari ini merupakan hari pertama persekolahan dibuka. Aku perhatikan anak keduaku begitu teruja untuk ke sekolah. Dia lebih bertanggungjawab apabila tahu esok sekolah akan bermula. Maklumlah nak masuk darjah 1. Persediaan sekolah seperti beg, kasut dan baju sekolah disediakan lebih awal sebelum tidur. Pukul 10.00 malam, matanya telah lelap. Si sulung bakal naik ke darjah dua. Yang itu tak ada masalah. Dari segi pelajaran dan rasa tanggungjawab telah lama menyenangkan hati aku. Cuma anak kedua ini belum memperlihatkan dirinya yang sebenar dalam pelajaran dan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan anak perempuan.

Sebelum sekolah dibuka, aku dan suami membawa anak-anak membeli-belah di sebuah gedung beli-belah yang terkenal di bandar raya ini. Sebelum itu, aku telah berpesan kepada mereka, mana-mana perkakasan sekolah yang masih boleh digunakan, tak perlu beli. Ini semua sebagai langkah berjimat cermat. Mujurlah mereka akur dengan arahan pihak berkuasa ini! Perbelanjaan untuk dua orang anak secara keseluruhan ialah RM788.00 sahaja (termasuk uniform/kasut sekolah, peralatan sekolah, yuran sekolah kebangsaan/sek.agama, buku-buku sekolah, dan kitab-kitab sekolah agama - tidak termasuk duit minyak (kata suami aku!). Itu kos susah jangka, sayang oiii..)). Alhamdulillah, peruntukan tidak melebihi perbelanjaan. Inilah yang dikatakan perbelanjaan berhemah (sekarang baru nak sedar diri!), maklumlah anak semakin bertambah...

Mudah-mudahan mereka boleh belajar dengan baik dan sempurna seperti mana aku belajar dahulu.

4 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura yang dihormati.
cantik blognya. tahniah!
dan jutaan terima kasih kepada kak zura; membantu menangani sehingga dikurniakan ren Kumpulan Pertama Cerpen, Mazhab Cinta. moga diberkati Allah jua. salam sastera.

Azhar Salleh said...

Salam,
Makan nasi berlaukkan ikan,
Tidak lupa goreng cendawan;
Perbelanjaan berhemah terus amalkan,
Mudah-mudahan menjadi jutawan!

Kali ini siap berpantun, beb!

Citra Wangsa said...

Perbelanjaan berhemah terus amalkan,
Mudah-mudahan menjadi jutawan;
Kalau hajat dimakbulkan Tuhan,
Sampai kiamat jadi dermawan.

Cewahhh!Sempat menjawab!

Citra Wangsa said...
This comment has been removed by the author.