Baru-baru ini seorang kenalanku menceritakan tentang betapa bahagianya dia setelah berumah tangga. Sekalipun lewat bergelar isteri (berkahwin ketika usianya menjelang 33 tahun), namun dia tidak menyesal. Apa tidaknya, suaminya seorang hartawan! Majlis perkahwinannya (yang diceritakan kepadaku) tidaklah begitu meriah. Sekalipun temanku ini anak perempuan terakhir dalam keluarganya yang melangsungkan perkahwinan, namun majlisnya cukup sederhana. Aku pelik juga apabila dia tidak mengundang rakan tauladan jauh dan dekat. Aku hanya tahu tentang perkahwinannya setelah setahun dia berkahwin. Mujur juga diberitahu... Kalau benar berkahwin dengan si hartawan, wang hantaran setaraf Siti Nurhalizah, kenapa majlis tersebut sekadar 'biasa-biasa' sahaja.
Al-kisahnya, temanku itu berkahwin dengan suami orang. Dia reda apabila ditakdirkan menjadi isteri ke-3! Adusss!!! Pedihnya aku dengar. Mungkin benar, cinta itu buta! Tapi temanku ini menyangkal sama sekali tentang kebutaan cintannya. Kerana cintanya itu celiklah, maka dia sanggup melayari bahtera, menjadi isteri ke-3. Aku pula yang seram sejuk mendengarnya. Huh! Minta dijauhkan Allah! Kata orang, boleh dapat payung emas di akhirat kelak jika reda suami berkahwin lagi. Payung emas ke, payung AVON ke, hatta payung terjun sekalipun...aku sama sekali tak mahu memikirkannya.
Tapi bagiku (maaf kalau kau tersinggung), kalau suaminya itu bukan hartawan...ah, mana mungkin dia sanggup menjadi isteri ke-3? Isteri pertama pun mungkin dia tak sanggup!
Sejak berkahwin dengan si hartawan, kereta kancil bertukar Perdana V6! Berpindah di rumah teres 2 tingkat dalam kawasan perumahan elit, bertukar beg tangan jenama luar negara! Tak lagi makan di warung tepi jalan. Aku teringat coretan Cikgu Azhar dalam blognya; salah satu cara untuk menjadi jutawan ialah...kahwin dengan orang kaya! Ya, mungkin betul! Buktinya temanku yang dulunya tinggal di perkampungan setinggan, kini hidup mewah di kelilingi wang ringgit. Ah, betapa senang hidupnya. Tapi, aku terfikir tiba-tiba...adakah dia benar-benar bahagia, menjadi isteri ke-3, yang perlu berkongsi suami dengan 2 lagi wanita lain? Dia kata dia selalu keseorangan kerana suaminya sering ke luar negara. Tapi dia tak kisah kerana suaminya membekalkan duit yang lebih daripada mencukupi untuk dibelanjakan. Kerana itu dia bebas ke kelas yoga, SPA mahu pun pergi membeli-belah. Bahagiakah namanya itu? Tafsiran 'bahagia' antara dia dan aku sangat berbeza. Apalah ertinya bahagia kalau suami tiada di sisi? (Suamiku out station sehari pun, aku dah bosan...). Apalah ertinya bahagia kalau suami selalu mendahulukan orang lain. Apalah ertinya bahagia tanpa gelak tawa anak-anak?
Namun kepada temanku E, jika itulah jalan yang kau pilih...aku doakan kau selamat hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru...masih ingat tak puisi Maz masa farewell party dulu...Pahitnya Madu.
1 comment:
Salam AZURA,
Betul Azura, kalau nak jadi jutawan dengan cepat, kahwinlah dengan orang kaya! Dan buktinya, kawan Azura yg diceritakan tu. Kan dah kaya! Tetapi, itu dia, bagaimana dgn kita? Masihkah ada harapan utk jadi jutawan? Nak kahwin dgn orang kaya dah tak boleh sebab dah kahwin. (Bersyukurlah krn isteri/suami kita kaya dengan iman dan budi!) Sering saya nyatakan dalm blog saya bahawa tidak ada sesiapa pun yg dapat menghalang kita utk menjadi jutawan. Tidak ada yg mustahil krn saya percaya bahawa kita haruslah belajar utk menjadi ekstrem dalam apa-apa juga tindakan! HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MENJADI ORANG BIASA! Ingat tu, Azura!
Post a Comment