Pages

Friday, February 20, 2009

Disiplin Pelajar Semakin Runcing

Beberapa hari kebelakangan ini, sering terpapar di dada akhbar tentang masalah disiplin pelajar yang semakin gawat. Hampir setiap hari, ada sahaja berita tentang pelajar dipukul rakan sendiri, kes pelajar diugut sesama mereka, kes perlakuan seks sesama rakan sekolah, dan yang terbaharu, kes pelajar membakar kereta guru. Semua ini gara-gara ketidakpuasan hati pelajar terhadap pihak sekolah dan guru yang mengajar. Pelajar sekarang dah semakin berani memukul guru. Mereka tidak lagi menganggap guru itu sebagai rakan, teman berbincang, orang yang lebih tua, atau sekurang-kurangnya seseorang yang boleh berkongsi masalah.

Aku dulu pun, nakal juga. Pernah berkali-kali dibantai cikgu. Lagi-lagi Cikgu Krishnan (ntah mana ntah Cikgu Krishnan sekarang). Cikgu Krishnan mengajar subjek Matematik di sekolah. Aku sering dibantai sebab gagal menjawab soalan dengan betul. Beliau sering menguji pelajar-pelajar menyelesaikan masalah Matematik di papan hitam. Bukan aku seorang yang kena bantai. Hampir semua rakan-rakan sekelasku yang menerima nasib yang sama. Namun, kami tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya, malahan berasa hormat dan takut dengan kehadirannya. Di luar kelas, Cikgu Krishnan masih seorang yang tegas, tetapi mesra dengan pelajarnya. Dia juga jurulatih hoki pasukan sekolah. Sewaktu menjalani latihan hoki, beliau tidak pula menjadi 'kaki pukul'.

Aku pernah dimarahi seorang ustaz (semasa belajar di Sekolah Agama Bandar Segamat). Hanya gara-gara aku membaca buku kegemaranku 'Tidurlah Intan' di dalam kelas semasa mata pelajaran Sirah. Ustaz Hassan sebenarnya kawan baik ayahku. Tapi, dia tidak memilih kasih dalam mengajar anak-anak muridnya. Sekalipun aku ini anak kawan baiknya, aku tetap dirotan kerana membaca buku yang tiada kaitan dengan mata pelajaran Sirah. Buku kesayanganku dirampas. Aduhaiii...sedihnya. Aku tidak pula ambil hati dengan tindakannya. Cuma, aku telah memasukkan sebiji pisang di dalam saluran ekzos motosikalnya. Akbibatnya, petang itu selepas habis waktu sekolah, Ustaz Hassan terpaksa menyorong motosikalnya hingga ke rumah kerana motorsikalnya tak boleh dihidupkan. Aku tersengeh apabila melihat Ustaz Hassan berpeluh-peluh menyorong 'kuda tuanya' yang berat itu. Sesampai di rumah, aku menceritakan hal tersebut kepada ayah. Ayah ketawa berdekah-dekah. Heheheheee... Manis sungguh kenangan silam!

Kenangan alam persekolahan terlalu indah. Dimarahi dan dirotan guru merupakan nostalgia yang menyeronokkan. Sungguh istimewa! Aku tak pernah melupakan jasa mereka. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka, sehingga kini.

6 comments:

abu naim said...

Betulkah disiplin pelajar kini semakin runcing? Agak kurang adil kalau hanya disebabkan beberapa kes disiplin yang terpapar di dada akhbar, justeru kita menjatuhkan hukuman sebegitu.Misalnya, kes cubaan bakar kereta guru; tak adillah kalau kita mengatakan bahawa disiplin di sekolah berkenaan tidak terkawal. Kes seperti itu tidak pernah berlaku dan hanya dilakukan oleh seorang pelajar daripada 1500 pelajar yang lain.

Cik Kham & Co said...

hurmmmm.....zaman dah berubah..rase nyer alam persekolahan dulu lebih best dr skang nih....
Betul tuh!walaupun kita selalu gak kena marah..kena rotan..kite sket pun x berdenadam dgn cikgu..apelagi nk melawan cikgu...malah sampai sekarang kita masih hormat dgn cikgu.....
salam ukhuwah dari saya...

Citra Wangsa said...

Tuan Abu,
Masalah disiplin pelajar sebenarnya berlaku sejak zaman tok kaduk lagi.Cuma, tahapnya berbeza-beza. Semakin lama semakin merudum mungkin kerana sistem langit terbuka yang menjadi amalan kita sekarang. Siapa kata kes bakar kereta guru tak pernah berlaku dan hanya dilakukan oleh seorang pelajar shj? Pelajar lain buat juga, cuma tak sempat masuk surat khabar!

Citra Wangsa said...

Salam ukhwah Cik Kham,
Zaman dulu pelajar nakal juga, tapi nakal-nakal Mcgyver kampung (malu-malu kucing nak nakal). Budak sekarang...eeemmm...(lu fkirlah sendiri...) kan???

*Bukan salah ibu mengandung...

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

Hehe..Zura, nakal gak ko ni eh :D

Citra Wangsa said...

Intan,
Tu baru sumbat pisang dalam ekzos...lum lagi kes sembelih ayam cikgu! Hehehee... (Semoga dosa-dosaku menderhaka kpd guru,diampunkan Allah...Aminnn).