Pages

Tuesday, March 3, 2009

Bengkel Intensif Penulisan Rencana

Salam bahagia...
Satu bengkel intensif penulisan rencana akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh: 14 Mac 2009
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bilik Bengkel, Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor.

Program ini merupakan anjuran DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Perpustakaan Sultan Ismail (PSI). Penyertaan PERCUMA. Kami mengalu-alukan penyertaan ini kepada semua individu yang berbakat dan berminat dalam bidang penulisan rencana dan bersedia menjadi penulis DBP.

Tempat sangat terhad. Makan minum disediakan. Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang rasmi di PSI atau pejabat DBP Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru. Atau sila hubungi saya untuk pengesahan penyertaan (07-235 8553). Atau e-mel kepada azura@dbp.gov.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 Mac 2009.

Penceramah undangan ialah Dr. Jeniri Amir dari UNIMAS.

No comments: