

Aku disambut mesra oleh Eein, therapist yang ramah (dan jelita) yang memberi banyak penerangan tentang SPA Kamphora. SPA tersebut menyediakan rawatan tradisional Melayu asli berasaskan herba, rempah ratus serta bunga-bungaan yang diadun bersama-sama minyak aroma terapi dan garam bukit. Pelbagai nama dan jenis minyak digunakan untuk tujuan urutan aroma terapi. Aku minta yang terwangi dan yang boleh meleraikan tension. Eein (wanita Jawa) yang sudah 6 tahun bekerja sebagai therapist di Malaysia, sangat berpengalaman mengurut. Terasa lega dan segar sebaik semuanya selesai. Sebelum pulang aku disaran mengambil minuman halia untuk membuang angin dalam badan.
Selain urutan aroma terapi, SPA tersebut juga menyediakan pakej-pakej lain seperti rawatan wajah, urutan tradisional, urutan refleksologi kaki, rawatan pedicure/medicure, mandi lulur, mandi susu, mandi rempah, skrub badan, rawatan selepas bersalin, dan rawatan untuk pengantin baru. Semuanya untuk WANITA. Kata Eein, 'bapak-bapak ngak bisa diurut!' Ya, 'bapak-bapak' harus diurut oleh isteri masing-masing!
Bayaran yang dikenakan, tidak terlalu mahal (mahal lagi SPA Manja!!!). Perkhidmatannya memuaskan. Semenjak melahirkan anak ke-3, aku tidak lagi melalui rutin senaman seperti dahulu. Sangat kesuntukan masa (alasan!!!). Kunjungan ke SPA sekurang-kurangnya dapat mengembalikan tenaga dan mengendurkan mana-mana urat yang tegang, sementelaah...aku sering berjaga malam untuk menyusukan bayi (menyusukan bayi pada waktu tengah malam merupakan rutin yang tak pernah aku abaikan). Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan keikhlasanku. Semuanya untukmu...ZARIN.
2 comments:
how much? so far aku baru gi ke spa kat m'suite aje. sekali berseorangan. kali kedua dgn cik abang. dapat mandi susu bersama free ;)
Tak mahal...RM50.00 jek. Kat spa Manja (depan HP) RM90++. Kat Spa Sfina (sebelah Avon BBU) tu pun RM50.00 je. Ada pakej (urut,body scrub,jakuzi) lebih kurang RM180.00. Ok pe, kan? Nak buat sendiri, no time maaa...Nak mintak laki buatkan??? Lagilaaa..hampeh!
Post a Comment