Nama saintifik bagi bunga raya ialah Hibiscus Rosa Sinensis. Mak Empok kata, lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Caranya ialah dengan mengumpulkan bunga raya secukupnya, basuh bersih, kemudiaan ramas kesemuanya sehingga bunga raya hancur dan menggeluarkan lendir. Kemudiaan, sapukan ke kepala lalu dibungkus untuk beberapa ketika sebelum dibilas. Kepala akan segar. Jika diamalkan rambut akan sentiasa lembut dan akar rambut semakin kuat. Ini sekali gus dapat mengelakkan keguguran dan kebotakkan rambut. Mak Empok kata, bunga raya yang paling baik ialah bunga raya putih dan merah. Tapi yang biasa aku praktikkan ialah bunga raya merah.
Kepada anda yang masih mengamalkan cara konvensional atau alah pada syampu tertentu yang banyak bahan kimia, bolehlah mengamalkannya. Lebih mudah jika lendir yang dihasilkan, ditapis dan diisi ke dalam botol dan disimpan di dalam peti sejuk atau sentiasa diletakkan di bilik air supaya mudah digunakan. Sekian, selamat mencuba.
9 comments:
salam ziarah, kak zura. cantik warna tanah blog akak. ren link'kan blog akak ke blog ren. & terima kasih sgt2, alhamdulilah mengikut dapatan di dewan siswa, Mazhab Cinta ren di tangga 9 buku kreatif terlaris DBP.
Salam AZURA,
Tahniah kerana terus tegar memperkatakan soal tanaman herba dan yang sewaktu dengannya. Banyak info yang sangat berguna. Teruskan usaha ini. Minta izin untuk di"copy" dan di"save" untuk rujukan saya.
p.s.: Nampaknya, cadangan Azura agar RAR memiliki blog telah direalisasikan! Layarilah blog RAR di alamat - http://rarws.blogspot.com
Ren,tahniah atas pencapaian itu. Semoga Ren terus bersemangat dan menghantar karya ke meja editor nan satu ini...
Cikgu, terima kasih atas maklumat ini. Hehehe... pandai dia.. senyap2 je...
Azura,
Hasrat sudah lama ingin bersama-sama dalam maya blog... cuma menunggu masa dan ruang yang sesuai... maka terpilihlah tarikh pemula 8 Mac. Terima kasih atas ucapan dan sokongan. Bersama-sama berkongsi pandangan dan idea dalam pelbagai hal (bukan hanya bahasa / sastera / politik dll tetapi juga hal-hal herba... spt dalam IN MY MIND!). Terima kasih.
Terkesima aku seketika...tidak ku sangka sahabat aku yang seorng ini banyak ilmunya dalam bidang yang tak pernah ku tahu ini. Tahniah...Ilmu yang sangat berguna untuk semua....
En. RAR,
sepatutnya blog RAR sudah bermula sejak sekian lama lagi. Tapi tak apalah...sekurang-kurangnya kesedaran itu, hadir jua. Kata omputih...BETTER LATE THAN NEVER. Terima kasih juga krn melayari IN MY MIND.
DeanPieen,
aku sebenarnya WANITA MELAYU KONVENSIONAL...aku sukakan alam. aku hidup dengan alam yang hidup.
Bertuah sungguh kerana di sana itu masih banyak sumber alam yg boleh digunakan.Berbeza sungguh dengan hidup di kota yang penuh dinding dan batu seperti aku...
Post a Comment