Aku menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada seorang teman - Sasya Zainal. Wanita tabah itu rupa-rupanya sedang bergelut dengan penderitaan. SMS Sasya - Sya sudah di Sunway Medical at 5th floor, room no. 5304, bed no. 2. Doakan Sya selamat ya. Whatever the two dots is, stone ke, gold ke, berlian ke, harap tak berbahaya. Masa nak masuk hospital ni pun, rasa sedih. Betapa my life has changed. Dulu admit di hospital kerajaan kelas 3, sekarang beg pun ada potter bawakan! Masuk bilik hospital, macam check in di hotel! Ada complimentary from sunmed lagi! Terharu dengan pemberian Dia yang tak terhingga. Doakan Sya ya...
Sebaik membaca mesejnya, aku termenung jauh. Dalam kedukaan dan kesakitan pun dia masih mampu bergurau. Baru minggu lepas aku berbual-bual tentang kerja dengannya. Tiba-tiba dapat mesej yang tak menyeronokkan. Aku tak dapat bersama-samanya di hospital, tetapi doaku sentiasa mengiringi langkahnya. Sya, ibu tunggal yang sangat tabah. Dicerai dengan talak tiga gara-gara suaminya ingin bernikah lagi. Mengharungi kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil. Umurnya baru awal 30-an. Tabah turun naik mahkamah syariah untuk menuntut nafkah anak-anak. Merantau dari Johor ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja setelah berpisah dengan suami. Berbekalkan SPM...apa sangat kerja yang boleh dia peroleh? Namun sudah ditakdirkan rezekinya dan anak-anak...dengan kelebihan yang ada, dia menggunakan kemahirannya untuk bekerja di sebuah bank (bukan bank tempatan).
Kini, kehidupannya 1000 kali lebih baik daripada dulu (ketika dia bersuami). Kalau masa bersuami, dia hanya terlantar di hospital kerajaan kelas 3, sekarang dia sudah mampu mengatasi kemampuan bekas suaminya sendiri. Kalau dulu, hidup hanya sebagai suri rumah sepenuh masa, kini dia sudah mampu menggajikan seorang pembantu rumah. Kalau dulu hanya suaminya (bekas) sahaja yang boleh memandu kereta, sekarang bukan setakat mampu memandu sendiri, dia sudah mampu memiliki sebuah kenderaan untuk kemudahan urusan harian. Sya...betapa tabahnya kau. Hidup dalam kepayahan! Namun, Tuhan itu maha adil. Dia memberi kau kekuatan yang luar biasa! Sekalipun kau sakit, kawan-kawan tetap mendoakan kesejahteraan kau. Dan, kau telah membahagiakan diri kau sendiri. Aku doakan kau dan anak-anak (Husna dan Furqan) bahagia selama-lamanya. Sekalipun mereka tidak mendapat kasih sayang seorang ayah dengan sepenuhnya, aku pasti mereka tidak pernah kekurangan cinta, kasih dan sayang seorang ibu. Itu lebih bermakna. Wanita boleh hidup tanpa lelaki! Tetapi...lelaki tidak mungkin boleh hidup tanpa wanita (aaiikk??? ye ke?).
4 comments:
salam kak zura. ren pun kagum dengan kak sya. dalam sakit, dia masih mampu ketawa. semoga kak sya cepat sembuh.
[ayat akhir kak zura tu: ren tak komen apa2.he.he.]
Syasya yang saya kenal juga mempunyai kebolehan dalam bidang deklamasi puisi. Pernah menjadi johan deklamasi puisi HAri Kebangsaan peringkat Daerah Batu Pahat.
Harap Syasya terus bergiat dalam penulisan.
Ya...Sasya seorang yang cekal. Terlalu tabah! Baru dimaklumkan yang Sasya akan keluar dengan karya terbaharunya tak lama lagi. Nantikan...doakanlah untuknya, semoga usahanya dalam bidang penulisan melalui jalan yang mudah. Amin...
Salam, Zura harap u dapat tolong I bg no Hp sasya Zainal sbnarnya I dh lama cari Dia we all satu class masa sek di TIGS I mmg ada dgr psl kes ni cuba cari dia tp x dapat smpi i search dia kt yahoo then terbaca blog ni.... or kalau boleh u bg dia my email add sriharyati_shahiri@yahoo.com bg tau dia dia kenal I n dia panggil i dgn nick ati
TQ Zura.....
Post a Comment