Pages

Friday, March 13, 2009

Kebanjiran Pendatang Asing: Satu Masalah Sosial

Kalau baca tajuk entri ni...bunyinya macam nak buat tesislah pulak. Bukannya apa, pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, seperti lazimnya aku akan ikut Jalan Tampoi bagi mengelakkan berhenti berkali-kali dek kerana lampu isyarat (kalau ikut Jalan Kempas). Kami biasanya keluar seawal 6.45 pagi. Sebaik kereta melalui Taman Sri Bahagia, anak sulungku bersuara "eehhh, ramainyaa orang berpesta pagi-pagi ni." Aku tergelak melihat wajah kecil itu. Aku terangkan kepadanya yang berduyun-duyun di tepi-tepi jalan tu, bukannya satu pesta (bayangkan, betapa ramainya warga asing!). Itu semua pendatang asing Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Nepal, Filipina dll. Si Bangla jalan berpegang-pegangan tangan antara satu sama lain (takut sangat membernya terlepas!). Berjalan sambil membawa mangkuk tingkat! Bangla sungguh! Yang berseluar yengki ketat, berseluar pukat ketat...tu semua warga Vietnam/Kemboja.

Limpahan warga asing ni, lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Mereka sering terlibat dengan gejala sosial dan pelakuan jenayah setempat. Kes pecah rumah, pembunuhan, gaduh sesama sendiri, melarikan anak orang, pelakuan sumbang dengan warga tempatan, dan beberapa kes lain sering melibatkan warga asing. Paling aku tak setuju dengan kemasukan mereka ke sini ialah tentang aliran wang keluar. Setiap sen yang disalurkan ke negara asal mereka, sebenarnya menjejaskan ekonomi negara kita. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil. Mereka sebahagian daripada masalahnya!

Pembatalan serta-merta 70,000 visa warga asing yang diumumkan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini sedikit melegakan. Tetapi...tindakan itu sebenarnya sudah terlambat kerana lebih 100,000 warga asing masih bekerja dan bermastautin di Malaysia dalam pelbagai sektor. Faktor buruh asing yang murah inilah penyebab utama ramai majikan yang mengambil mereka bekerja. Permintaan terhadap warga asing ini terlalu tinggi, kerana warga tempatan sendiri enggan melibatkan diri dalam sektor-sektor perkilangan, pembuatan, pembinaan dan pembantu rumah.

Kerajaan yang bijaksana ini sepatutnya memikirkan alternatif yang lebih berkesan bagi menghalang kemasukan warga asing ini daripada berterusan. Haruskah kita berbangga dengan Malaysia yang berbilang kaum ini??? (Terlalu banyak kaum pun susah jugak!)

3 comments:

Aida Salleh said...

Hmmm...mmg kita sedikit gusar dengan kebanjiran warga asing di negara kita sejak akhir2 ini...pelbagai kaum dari pelbagai negara....di mana silapnya sehingga perkara ini boleh berlaku? mungkin kerana begitu mudahnya mendapat permit untuk bekerja di bumi Malaysia yg aman ini. Atau mungkin jiga kerana sikap org kita yang terlalu "rajin" dan terlalu memilih pekerjaan sehingga ada sektor yang kelihatan cukup bergantung kepada warga asing ini. Kerana apa? kerana keengganan orang kita untuk melakukan pekerjaan tertentu.Mungkin soal kelas yang dipertahankan oleh orang kita sehingga ada sektor yang dimonopoli oleh warga asing ini.Entahlah.....

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Bukankah kebanjiran pendatang ini akan memberikan kekayaan kepada kroni-kroni tertentu? Ya, di negara ini, matlamat telah menghalalkan cara dan segalanya! Selamat datang ke negara Malaysia, wahai pendatang asing yang kami kasihi! Semoga bertambah parahlah rakyat Malaysia,khususnya bangsa Melayu!

Citra Wangsa said...

Cikgu Azhar...
Beberapa hari kebelakangan ini cikgu sedikit emosional. Mungkin ini yg dinamakan unstable emotion syndrome???(sindrom ini biasanya menyerang wanita pada peringkat pra haid!)Takuttt!!! Jangan mengamuk sudah leee...

*Nak tinggalkan komen dalam blog WITRA pun...aku fikir 2,3 kali...takuuttt!!!