Pages

Monday, March 16, 2009

Sekitar Bengkel Intensif Penulisan Rencana

14 Mac 2009 yang lepas, telah berlangsung satu bengkel penulisan rencana yang dibimbing sepenuhnya oleh Dr. Jeniri Amir. Bengkel tersebut berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri 30 peserta.
SESI SOAL JAWAB
SATU-SATUNYA PENULIS OKU - NORFAEZAH

TUGASAN KUMPULAN
PENJELASAN YANG JITU DAN MENARIK
DR. JENIRI AMIR (UNIMAS)
Seperti undangan sebelum ini, Dr. Jeniri Amir sama sekali tidak mengecewakan. Semua peserta menunjukkan semangat menulis yang berkobar-kobar (selepas bengkel, kalau tak menulis juga...tak tahulah!).
Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah undangan; Dr. Jeniri Amir yang sudi berkongsi ilmu dengan penulis di Semenanjung. Kepada pihak Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) terutama Puan Yuliana, Cik Wani dan Puan Rohana terima kasih atas penyediaan tempat yang sangat memuaskan. Terima kasih juga atas pemberian kad keahlian PSI (eksklusif untuk peserta bengkel). Terima kasih juga kepada peserta yang sempat menghantar artikel untuk terbitan DBPWS. Dan, terima kasih daun keladi kepada urus setia yang sangat setia, Cik Norsheilla Yusof dan Encik Shahrur Hamdan yang memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan bengkel ini. Dan tahniah, kepada Encik Halil Ali dan Puan Norhaida Ahmad yang dipilih sebagai peserta terbaik dalam bengkel tersebut. Pemilihan dibuat oleh barisan AJK PPJ, berdasarkan penglibatan dalam bengkel dan penilaian tugasan yang diberi.

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,

Terima kasih atas bahan-bahan Dr. Jeniri Amir tersebut, sekali imbas bermanfaat untuk pelbagai bidang satu hari nanti.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Tahniah atas penganjuran bengkel tersebut. Hajat di hati memang nak sertai, tapi apakan daya, masanya tidak kena pulak! Kalaulah saya boleh dapatkan bahan-bahan ceramah tu daripada Azura, sekalung terima kasih saya ucapkan!

Citra Wangsa said...

Encik Rusdi,
Bahan Jeniri Amir sgt bermanfaat. Ilmunya perlu dikongsi bersama.

Cikgu Azhar,
Saya akan e-melkan bahan bengkel tersebut.