Maria menghadap laman sosial FaceBook (FB). Jari jemarinya ligat menekan kekunci komputer memasukkan kata laluannya. Teman-teman di FB sedia menanti. Beberapa informasi terkini diperoleh dengan cepat. Penerbit PTS mengadakan bengkel penyuntingan dalam talian untuk kakitangannya. Menarik! Buku-buku terlaris di pasaran diterokai dengan mudah. Penjualan buku berbahasa Melayu melonjak naik sejak sesi persekolahan dibuka. Lagi menarik!
Forum sesama editor di syarikat penerbitan lain ditemui satu persatu. Dr. Hamedi Adnan memberi komen tentang koleksi gambar-gambar di FB Maria. Maria tersenyum sendiri. Teman-teman sepejabat juga ditemui dalam laman maya itu. Ada yang mengadu keletihan bekerja sepanjang akhir bulan kerana mengejar tarikh akhir penutupan akaun. Ada juga yang kebosanan kerana server di pejabat membingit tak henti-henti. Ada juga yang mengadu, tentang kedatangan pegawai sistem maklumat beberapa minggu yang lalu tidak memberi sebarang makna! Dan yang agak menarik perhatiannya, sahabatnya Zamri Idrus telah mendapat anak pertama pada 1 Januari 2010 (010110) pada pukul 1.10 pagi di Hospital Pantai, Kuala Lumpur! Wow! Berbaloi-baloi! Menurut Zamri, beberapa orang wartawan mengerumuni isterinya sebaik bayi tersebut dilahirkan. Berita tersebut mendapat tempat dalam The Star dan KOSMO! keesokan harinya. 'Tahniah, Zam!' Beberapa komen ditinggalkan Maria sebelum menutup laman sosialnya itu.
Dalam kerenyaian hujan pagi, banyak juga maklumat berguna yang diperoleh. Dia membuka buku perancangan tahunan. Temujanji dengan Puan Aminah di Dawama Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang melalui Yahoo! Messenger (YM), untuk menghantar tiga bab terakhir novel 'Bagin'. Forum dengan beberapa orang editor di Cawangan Sarawak pada pukul 3.00 petang, juga melalui YM. Apa sajalah yang hendak dibincangkan? Mungkin tentang peruntukan tahunan yang diterima untuk Unit Penerbitan dan perancangan-perancangan lain?
Temujanji dengan Dr. Norman di UTM pukul 10.30 pagi! Di bilik pensyarah 303. Sekilas Maria memandang jam tangannya. Kurang 20 minit ke pukul 10.30 pagi. Maria mengeluarkan buku catatannya. Mencatat beberapa perkara penting tentang perolehan manuskrip untuk dibincangkan dengan Dr. Norman. Dia harus keluar segera untuk sampai tepat pada masanya.
1 comment:
Pn. Maria,
Tertarik dengan kata-kata "Ada yang mengadu keletihan bekerja sepanjang akhir bulan kerana mengejar tarikh akhir penutupan akaun. Ada juga yang kebosanan kerana server di pejabat membingit tak henti-henti."
Rasanya seorang insan itu (yang tidak kacak langsung itu...) dan Pn. Maria sendiri tiada apa rungutan tentang 'keletihan kerja' tapi merungut (mungkin suatu hari nanti rungutan berada tahap maksimum) pasal hendak buat kerja sangat-sangat tetapi komputer amat lembap dan lambat..., rasanya tidaklah perlu mengadu keletihan kerana itulah tanggungjawab dan kerja hakiki, apa yang perlu dirungutkan...?
Teringat soal SPM dan SPRM, banyak bezanya itu, hehehe...
Post a Comment