Pages

Monday, September 22, 2008

Penulis Baru - Halil Ali



Seorang penulis yang agak berumur, telah datang ke pejabatku tanpa diundang, tanpa temu janji dan tanpa surat rasmi, dua tahun yang lalu. Beliau hadir membawa sebuah naskhah genre novel untuk diterbitkan. Daripada maklumat yang terisi dalam Borang Biodata Penulis, beliau dikesan merupakan seorang penulis yang tidak berpengalaman (tak pernah menulis, tak pernah menghasilkan sebarang karya besar, tak pernah tahu sepak terajang dalam dunia penulisan). Menurut beliau, naskhah yang dibawanya itu merupakan novel kisah benar hidupnya dan keluarganya dalam era 50-an. Cerita tentang semangat patriotisme orang Melayu dalam menentang penjajahan British dan Jepun.

Halil Ali, bukan nama gah dalam dunia penulisan di Johor. Beliau sendiri agak tidak yakin dengan kebolehan dan keupayaan diri sendiri dalam menghasilkan novel, apatah lagi dengan usianya yang telah mencecah angka 40-an. Aku tersenyum mendengar keluhannya. Aku nyatakan kepadanya tentang Frances Trollope yang menghasilkan karya pertamanya ketika berusia 50 tahun. Permulaan yang sangat lewat...tapi tidak pada semangatnya. Ya, kini Halil Ali bakal sebaris dengan penulis-penulis ternama yang lain, atau sekurang-kurangnya mendapat perhatian daripada karyawan DBPWS sendiri. Novel sulung beliau akan terbit hanya beberapa bulan sahaja lagi. Mungkin beliau tak sabar menanti Berlabuh di Hujung Senja berada di pasaran buku Malaysia.

Beberapa hari lepas, beliau menghubungi aku dan menyatakan hasratnya untuk menjadi penulis sepenuh masa. Ah! Seorang yang berpangkat, berjawatan pengurus, bergaji tinggi, berpendidikan luar negara... berhasrat menjadi penulis sepenuh masa? Aku tercengang seketika. Halil Ali belum setaraf dengan Pak Samad, belum mencapai kejayaan seperti Faisal Tehrani, belum sepopular Nisah Haron, atau sekurang-kurangnya belum mempunyai pemikiran seperti Rahimah Muda! Sanggupkah beliau meninggalkan kesenangan dan segala kemudahan di depan mata demi menjadi seorang penulis? Namun, aku sangat positif dengan hasratnya itu. Aku teringat akan Stephen King. Sejarah telah membuktikan bahawa Stephen King telah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai seorang guru, bagi menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap bidang penulisan. Keputusan tersebut akhirnya membawa kepada kepopularannya sehingga ke hari ini, selain keuntungan demi keuntungan yang diraih hasil karya-karyanya. Jika Halil Ali seorang yang berkeyakinan tinggi dan seorang yang fokus dengan apa jua yang dilaksanakannya, tidak mustahil beliau akan berjaya.

5 comments:

Halil Ali said...

Asslamualaikum...

Tidak sama sekali, saya menyangka, saya mendapat tempat didalam blog puan. Saya terharu, akan keyakinan puan terhadap saya. Moga-moga keyakinan itu, dapat saya terjemahkan pada karya-karya dimusim-musim mendatang.

Halil.

Citra Wangsa said...

Dan...semoga coretan tersebut menjadi pencetus idea dan pembakar semangat kepada penulis lain yang 'tenggelam timbul' dan kadang-kala menyalahkan Editor kerana kononnya memilih kasih!

S. Fatimah Said said...
This comment has been removed by the author.
S. Fatimah Said said...

Tahniah buat Tuan Halil Ali. Mungkin saya agak ketinggalan dalam dunia penulisan meskipun sangat minat dan telah menceburi bidang ini sejak tingkatan 1 lagi. (Walaupun telah mula mencuba2 menulis sejak tahun 6 lagi). Saya tertarik dengan penulisan Tuan Halil yang bertajuk TANAH yang telah disiarkan dalam majalah Dewan Sastera Jun 2010. Majalah Dewan Sastera antara majalah yang menjadi target untuk ditembusi. Dan untuk pengetahuan Tuan, Cerpen ini akan saya jadikan salah satu bahan untuk dianalisis bagi memenuhi kehendak kerja kursus saya. semoga penganalisisan saya menepati citarasa penulisnya. Saya juga mahu belajar menulis cerpen dengan baik. buat masa ini saya cenderung ke arah penulisan puisi. Salam Tahniah sekali lagi daripada saya atas semangat tuan. saya boleh dihubungi di ufuk_kirmizi92@yahoo.com atau ufukkirmizi.blogspot.com

supergirl said...

Assalammualaikum tuan, saya salah seorang pelajar di tempat tuan berkerja sekarang. Saya sangat kagum dgn tuan. Saya berharap tuan dapat mmberi kata2 utk saya.