Pages

Wednesday, October 8, 2008

Raya Oh, Raya!


Inilah kisah 'tragis' yang aku alami sepanjang Syawal. Bukan tragis yang menyayat hati sanubari, tapi tragis yang memeningkan kepala.

Kawan-kawan sedia maklum yang aku baru sahaja berpindah ke rumah baru. Baik yang di KL mahupun kawan-kawan di pejabat, semuanya sibuk sms dan telefon nak datang beraya. Kadang-kadang sukar menolak hajat kawan-kawan ni, sekalipun badan terasa penat, dan tak larat nak menyambut tetamu. Aku gagahkan juga untuk menyambut kunjungan mereka. Mudah-mudahan kehadiran mereka meluaskan lagi rezeki aku sekeluarga. Tapi, yang lawaknya...ada kawan-kawan yang kata nak datang beraya di rumah aku, bukan betul-betul nak beraya! Nak menjejakkan kaki di Setia Tropika...nak melihat keadaan rumah baru, nak ambil gambar RUMAH aku...(bukan gambar tuan rumah!), nak compare perumahan mana yang 'the best'. Hai...kawan..kawan... Dah hilang konsep ziarah sempena Syawal yang mulia ni.

2 comments:

naz ilyn said...

~salam kenal~

ziarah menziarahi amalan mulia
jadi amalan di hari raya
jangan sibuk tengok rumah aje
bermaafan paling utama

Citra Wangsa said...

Terima kasih Naz Ilyn...
Sepatutnya memang macam tu lah kan...

Jangan sibuk tengok rumah saja,
bermaafan paling utama;
nanti dosa berganda-ganda,
sbb dalam hati macam2 mengata!