Pages

Monday, October 26, 2009

Blackberry, Blueberry, Strawberry

Hadi memandu perlahan di celah-celah kenderaan lain yang bersimpang siur di Taman Putra. Maria yang duduk di sebelah kirinya melilau-lilau mencari petak kosong untuk memakir kenderaan.

"Penuhlah bang," keluh Maria.

"Alang kepalang dah sampai, kita kena beli juga," ujar Hadi sambil membelokkan kenderaan ke kanan untuk memenuhi petak kosong. Mereka berdua berasa lega kerana dipermudah kerja mereka. Dalam banyak-banyak kereta yang berpusing-pusing mencari petak kosong, mereka antara yang bernasib baik.

Hadi dan Maria menuju ke kedai telekomunikasi teman Hadi yang terletak di dalam kompleks beli-belah yang kononnya menawarkan harga runtuh setiap hari. Tidak hujan, tidak panas, tidak ribut, apatah lagi gempa bumi; mungkin kerana itu 1Malaysia memenuhi kompleks tersebut.

"Mr. Hadi!!!" teman Hadi berbangsa Cina memekik namanya. "Long time no see!" mereka berjabat tangan saling bertanya khabar.

"Lates model Sony Ericson ada kah?" tanya Hadi sambil membelek telefon bimbit lain yang dipamerkan di kedai tersebut.

"Lu angkat baru punyalah. Blackberry maa...boleh access internet!" Hadi memandang Maria. Mengangkat kening minta pandangan. Maria mengerutkan wajahnya.

"Mahallah bang. Tak naklah! Membazir! Bukan hari-hari nak hadap internet!"

"Bini gua tak maulah...,"

"Murah punya pun ada. Blueberry! Sama function dengan Blackberry! Buatan Malaysia tau!" lelaki Cina itu mengeluarkan model yang dikatakan Blueberry. Maria dan Hadi terkejut dan tergelak. Ada juga telefon bimbit jenama Blueberry. Ingatkan blueberry untuk buat kek saja!

"Hey, lu tau tak? Dulu aaa...PC keluar jenama Apple tau, tak lama aaa...Tomato pun keluar tau. Sekarang...Blackberry keluar aaa...tak lama Blueberry pula muncul. Dua-dua bini gua tak mau. Dia mau tunggu Strawberry...baru dia mau angkat satu!" berderai tawa ketiga-tiga mereka mendengar lelucon Hadi.

Maria membisikkan sesuatu di telinga Hadi. "Jangan beli yang mahal-mahal. Setakat boleh bercakap dan bermesej sudahlah,"

"Awak ni...buat malu saya tau. Adik saya yang masih belajar tu pun handphone harga 800!"

"Ah! Jangan peduli orang lain. Duit kita, suka hati kitalah! Kalau awak degil....awak balik jalan kaki!" sepantas kilat Maria merampas kunci kereta dari tangan Hadi.

"Tauke! Lu kasi gua, handphone yang paling murah abad ini! Kalau tak, nanti gua balik jalan kaki!"

"Paling murah aaa....," lelaki Cina itu menggeleng-gelengkan kepala. Mencapai telefon bimbit berjenama terkenal dari rak bercermin di belakangnya. "Lu angkat inilah. Tak mahal, tak murah. Kasi warranty seumur hidup, sebab lu sudah angkat banyak sama gua." Maria tersenyum mengangguk-angguk. Setuju. Tidak canggih penggunaannya dan dia pun tidak canggung menggunakannya.

5 comments:

Citra Delima said...

Salam Pn.Zura,
Mula-mula baca, ingatan saya nak beli kek secret resipi, itu kegemaran saya. Rupanya hendak beli telefon bimbit. Aneh nya, macam-macam ada. He...He

Md Nizar Parman said...

Salam Pn. Maria,
Jenama telefon genggam pun dah macam buah-buahan... Agak2, kalau siap dengan perisa mesti lagi ok kan? Tentu kanak-kanak suka. (Terkenang memori public phoneberry... Hehehe)

Wahyu Budiwa Rendra said...

kak zura, betul tu. kekadang 'bencinta' nak beli hp ni. nanti nak gi dbpws, nak tgklah hp paling murah abad ini.he.he. kalau kat tes_o, ada yang kurang drpd rm130.

Citra Wangsa said...

Tuan Haji, sekarang ni...macam2 ada...nama buah jadi jenama handphone, nama orang jadi jenama minyak wangi...

Cikgu Nizar,zaman sekarang org dh tak pandang dah publicphoneberry.bangla jual karpet pun dah pakai ipod!

Rend, setakat editor cabuk keja gomen ni...x perlulah rasanya guna hp mahal2...editor Citra...lainlah citer..kan???heheh..

Aida Salleh said...

salam,
yang paling aku suka baca ada part yg rampas kunci n balik jalan kaki tu...garang juga puan maria ni ya....hehehhehe....