Maria menjengah bilik bujang anak sulungnya. Si kecil itu sedang sibuk menyusun atur kereta-kereta mainannya. Komputer di sudut bilik dibiar menyala tanpa digunakan. Mulut Zaiqel tidak henti-henti berbicara sendiri, seolah-olah menghafal sesuatu.
"Ferrari V4, Ferrari 430 Scuderia, Ferrari Enzo, Ferrari 360, Ferrari F430, Ferrari GTO, Ferrari Novitec Rosso...,"
"Amboi...amboi...Kalau ingat nama Ferrari...bukan main cepat lagi. Bila suruh hafal surah lazim...uk..ak..uk..ak...bila suruh hafal sifir...ak...ek...ak...ek...tersekat...sekat! Ibu suruh kemas bilik, bukan suruh lap ferrari sampai kilat!" Maria berang. Lain yang disuruh, lain yang dibuat si anak.
"Ni kemaslah ni. Nak kemas macam mana lagi?" jawab Zaiqel sambil mengilap kereta-kereta Ferrari kesayangannya.
"Ibu pening tengok warna-warna merah ni!"
"Bu, merah tandanya berani! Ada juga Ferrari yang berwarna hitam. Di Jepun pula ada Ferrari berwarna putih dan silver. Ingat tak gambar yang Cik Wan hantar dari Jepun kelmarin tu...Ferrari tu model 430...,"
"Bu, merah tandanya berani! Ada juga Ferrari yang berwarna hitam. Di Jepun pula ada Ferrari berwarna putih dan silver. Ingat tak gambar yang Cik Wan hantar dari Jepun kelmarin tu...Ferrari tu model 430...,"
"Eh...dah! Sudah! Pening! Ibu tak minat kereta-kereta ni. Nak cerita fasal Ferrari, pergi cerita dengan ayah,"
"Eleeehhh....tak minat konon... Kalau abang belikan ibu satu, ibu nak tak? Buy one car, free one driver? Amacam?" Zaiqel sengaja menprovokasi Maria. Maria tergelak kecil. Besar sungguh harapan si anak. Zaiqel memang bercita-cita tinggi. Kononnya mahu menjadi big boss. Mahu menjadi orang kaya. Maria beralih ke sebelah Zaiqel.
"Nak jadi tauke, kena rajin berusaha!" bisik Maria di telinga si anak. Zaiqel tersengih menampakkan giginya yang bersih.
"I swear!"
2 comments:
Pn. Maria,
Anak bujang dua orang saya juga punyai koleksi kereta Ferrari sebegini malahan meminati pasukan F1 Ferrari yang merah menyala itu (serta hafal pemandu F1 Ferrari juga miliki CD PS2 F1 yang berjenama Ferrari). Saya biarkan sahaja asalkan dia tidak meminati artis-artis segera dalam AF... Hehehe...
Hehehehe seronok membaca blog Puan Maria dengan keletah anak-anak yang bijak dan sentiasa ceria. Rasanya tidak mengapa untuk meminati kereta Ferrari, mungkin si kecil itu sudah mula merancang untuk masa depannya untuk memiliki kereta Ferrari ... bagus juga sebagai salah satu motivasi untuk dia terus maju ... selalu-selalu lah lalu di hadapan rumah tersergam indah dengan kereta sebegitu di Kg Melayu :D
Post a Comment