Semenjak memulakan semula urusan pejabat setelah bercuti raya, Maria tidak sempat melaksanakan tugasan-tugasan sampingan yang lain. Semua tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap majlis penting yang dirancang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009. Penat, letih, pening, loya dan yang seangkatan dengannya silih berganti. Setiap hari Maria memulakan tugasan pejabat seawal 7.30 pagi, tatkala staf lain belum menapakkan kaki di pejabat. Teman sepejabatnya Encik Rashdi, merupakan staf yang paling awal menjengah tangga pejabat. Sering kali Maria terlajak waktu pulang. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Mulalah dia kelam-kabut keluar dari pejabat untuk mengambil anak-anak di sekolah.
"Hai, Kak Maria...ceria nampaknya pagi ni," Molly, penolong akauntan di pejabat menegurnya penuh sopan.
"Mestilah ceria, program di Kota Tinggi dah selesai. Nak consentrate dengan JS dan manuskrip pula lepas ini," jawab Maria sambil menyelak-nyelak akhbar harian.
"Eh, ramai yang memuji pelancaran di Kota Tinggi kelmarin. Tahniahlah...semuanya berjalan lancar,"
"Terima kasih. Berkat usaha urus setia yang lain juga. Ada juga sedikit kecacatan yang orang tak perasan,"
"Biasalah tu. Tiada yang sempurna...buatlah lagi program di luar," cadang Molly.
"Kalau sudah diamanahkan, boleh saja...," Maria meninggalkan Molly dan menuju ke patisyen kerjanya untuk mendapatkan telefon yang berdering-dering.
"Puan Maria, dami JS sudah siap,"
"Boleh e-mel kepada saya?"
"Saya cuba. Kalau tak lepas, nanti staf saya hantar terus ke pejabat puan,"
"Baiklah,"
"Puan, jemput datang rumah terbuka esok, ya," Maria tidak berani berjanji. Terlalu banyak undangan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Kadang-kala sehari sampai empat buah rumah. Badan baru nak susut sikit, banyak pula rumah terbuka yang perlu dihadiri.
3 comments:
Pn. Naria,
1. Selamat kembali bercerita.
2. Siapa 'Molly' tu, sibuk bertanya..? Dia tahu tak buat program bagaimana untuk menguruskan sebaik mungkin? Siap cadang buat lagi program di luar lagi tu...? Cukuplah dia tu jaga ofis kerana 'kerjanya amat-amat berlambak'.
3. Mungkin rakan 'Molly' yang seorang tu di hujung dinding(besebelahan Pn. Maria) sudah kenal 'langit dan bumi' untuk membikin program yang sebenarnya... tapi khabarnya tidak ada ucapan TERIMA KASIH...? katanya seorang yang lemah lembut serta sopan santun, tapi budi bahasa tiada untuk ucap TERIMA KASIH...?
Hehehe...
Salam AZURA,
Selamat kembali bertugas dan selamat kembali MARIA, setelah sekian lama segalanya di hujung jari! Tahniah atas pelancaran cemerlang di KT dan diharapkan JS terbaharu akan menampilkan pelbagai isu yang mantap dan cerlang.
Salam Zura!!!
Selamat kembali selepas "penat" berhenti Di Hujung Jari. Semoga terus kenal. Berkesempatan ke DBPWS tempoh hari dalam program lawatan Perkampungan Penulis Muda Sekolah2 Menengah Kebangsaan, cuma tidak berkesempatan mengunjungi pejabat Pn. Zura. Hehehe
Post a Comment