Pages

Thursday, October 29, 2009

Penuhi SKT Rumahtangga

"Hey, Maria!!!" Maria berpaling tatkala namanya dipanggil. Sebuah senyuman dilemparkan kepada seorang lelaki berkaca mata dan bertali leher. Tangan kanannya memimpin seorang anak seusia 10 tahun.

"Hey, Zahim!" suara Maria separuh menjerit kerana tidak menyangka bertemu kawan lamanya. Zahim kawan Maria semasa di English Collage ketika di Tingkatan Enam. Pintu bank separuh terbuka bagi memberi laluan kepada pengunjung lain. Maria berganjak ke tepi kaki lima agar kewujudannya tidak mengganggu orang awam.

"Kerja di sini kah?"

"Sebelah ni saja, DBP,"

"Ohhh...," Zahim mengangguk perlahan. "Dah berubah kau sekarang. Dulu comot...," berderai mereka ketawa.

"Kau pula kerja di mana sekarang?"

"Mengajar di Foon Yew, Larkin. Orang rumah aku pun mengajar juga,"

"Ooo...cikgu rupanya. Kau kahwin dengan siapa? Mei Lin?" Mei Lin itu merupakan kekasih Zahim sejak mereka di bangku sekolah lagi.

"Haaa lah! Dengan siapa lagi! Itulah satu-satunya amoi yang nakkan aku! Ini anak aku. Baru seorang," Zahim mengarahkan anak perempuannya bersalam dengan Maria.

"Seorang? Setahu aku, kau kahwin lebih awal daripada aku, kan?"

"Anak aku ni dah darjah empat, Maria. Mamanya yang tak nak beranak lagi. Nak buat macam mana? Dia dah tutup kilang!" wajah Zahim sedikit hampa.

"Anak aku dah tiga orang. Dua dah sekolah. Yang kecil baru 11 bulan," terbeliak mata Zahim mendengar pengakuan Maria.

"Kau baru bersalin lagi?"

"Kalau boleh, tiap-tiap tahun aku nak bersalin!"

"Ah, melampau sungguh!"

"SKT tak tercapai lagi tau. Aku hendak 10 orang anak. Ada tujuh lagi kekosongan!" ujar Maria bergurau. Zahim ketawa geli hati.

"Kau memang pandai...gunakanlah suami kau semaksima mungkin!" Maria gelak kecil. Memang dia suka anak yang ramai. Namun, tidak semua orang sepertinya. Isteri Zahim sendiri enggan mengandung lagi. Mereka beredar untuk meneruskan rutin masing-masing. Maria menghala ke Larkin untuk singgah ke Pasar Awam manakala Zahim pula mengarah ke Kampung Melayu untuk mengambil isterinya di sebuah sekolah. Pertemuan singkat itu menyedarkan Maria, betapa setiap anak itu telah ditetapkan Allah akan rezeki masing-masing. Mengandung dan beranak itu sememangnya fitrah wanita. Untuk apa ditakutkan? Pahala jihad sedang menanti tatkala wanita itu menahan kesakitan untuk melahirkan seorang hamba Allah. Itulah nikmat kehidupan.

4 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Pn. Zura,
SKT saya kalau tidak tercapai tahun ini, mungkin tahun depan; kalau tidak depan, beberapa tahun lagi. Begitulah seterusnya sehingga tercapai SKT itu.

ajahare said...

salam ziarah
teruskan menulis dalam blog..

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
SKT Azura sekarang sama dengan SKT saya. Tiga. Tambahlah lagi, sementara masih "gagah" dan "handal"! Mudah-mudahan, Tuan RAR pun demikian juga...akan mengikut jejak Azura yang sentiasa "berusaha gigih" untuk menambah SKT.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Wah, lamaaaaaanya nak penuhi SKT Rumahtangga! Memang berusaha keras nih!